SAFA: Keselamatan Pemain, Rakyat Lebih Penting

SAFA

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) memberi keyakinan bahawa pihak akan sentiasa akur dengan saranan dan keputusan pihak berkuasa mengenai masa depan saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang diarah untuk ditangguhkan buat masa ini ekiran pandemik wabak Covid-19 di negara ini.

Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony dalam kenyataannya kepada Stadium Astro menjelaskan pihaknya akur dengan sebarang keputusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi memastikan keselamatan pemain dan pegawai serta seluruh rakyat Malaysia terjamin.

“Saingan musim ini masih ada baki lebih setengah tahun lagi untuk dihabiskan tetapi di peringkat SAFA, kami akur apapun keputusan nanti.

“Kalau kita tidak dapat bermain tahun ini, ia masih boleh ditunda ke tahun depan,” katanya.

Sekalipun tiada sebarang kata putus mengenai nasib Liga-M sama ada akan diteruskan ataupun sebaliknya, Peter percaya semua pasukan bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan pemain dan pegawai mereka terjaga.

Malah pasukan Sabah sendiri telah menjalani latihan kecegasan dari rumah menerusi penstriman video secara langsung bersama jurulatih kecergasan.

Rindukan bola sepak?Ayuh penyokong semua kita patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita putuskan rantaian Covid-19! Stay At Home and Stay Safe everyone! #StayAtHome #StaySafe #SabahFA

Posted by Sabah Football Association on Wednesday, 15 April 2020

“Walaupun tidak berlatih seperti biasa, mereka masih menjalani latihan bersama secara ‘live streaming’ di rumah masing-masing dengan dikendalikan ketua jurulatih (Kurniawan Dwi Yulianto).

“Latihan seperti ini akan diteruskan sehinggalah tempoh PKP tamat tetapi saya lihat masalah ini mungkin akan berpanjangan dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah sekiranya liga musim ini dibatalkan,” katanya. 

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John sebelum ini mengatakan pihaknya tiada halangan sekiranya FAM mahu membatalkan penganjuran Liga-M pada musim ini.

Ia ekoran terdapat beberapa negara di Asia seperti Macau dan Sri Lanka yang sudah pun membatalkan perjalanan liga bola sepak masing-masing kerana bimbang dengan wabak berkenaan yang dilihat semakin serius.

Kredit Foto: Sabah FA

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sabah dan isu Covid-19:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram