Sadio Mane: Tugas Saya Dan Mohamed Salah Mudah Kerana Roberto Firmino

Firmino

Jentera serangan Liverpool yang diketuai Mohamed Salah jelas merupakan antara unit penggempur yang begitu berbahaya pada ketika ini.

Bisa di hadapan pintu gol pasukan lawan ternyata memberikan ancaman yang cukup berbahaya buat mana-mana pasukan yang dihadapi.

Selain Mohamed Salah, kehadiran Sadio Mane dan Roberto Firmino melengkapkan trio penggempur berbisa tersebut.

Bagi Mane, kehadiran Firmino dan cara kerja yang ditunjukkan pemain antarabangsa Brazil itu jelas memudahkan tugasnya dan Salah bagi memburu jaringan.

”Ramai orang gemar untuk membicarakan mengenai saya dan juga Salah. Sesuatu yang menarik untuk mendengar tentang perkara tersebut.”

LEICESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 01: Roberto Firmino of Liverpool celebrates after scoring his team’s second goal with Sadio Mane during the Premier League match between Leicester City and Liverpool FC at The King Power Stadium on September 1, 2018 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Tetapi kekuatan Liverpool adalah disebabkan kerjasama berpasukan.”

”Anda juga tidak boleh untuk melupakan seseorang berada di posisi hadapan yang bernama (Roberto) Firmino apabila dia bekerja seperti ‘haiwan’ buat kami dan menjadikan sesuatu perkara berjalan dengan mudah.”

”Orang-orang di belakang kami juga melakukan beberapa perkara yang luar biasa. Kami cuba untuk menggunakan kesempatan tersebut dan membantu pasukan untuk terus ke hadapan.”

Ketika ini Sadio Mane meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak setelah beliau meledakkan empat jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Keupayaan trio ini bakal terbukti pada hujung minggu ini apabila Liverpool bakal bertandang ke Wembley bagi pertemuan menentang Tottenham Hotspur.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN