Sadio Mane Sanggup Ganti Kejuaraan Champions League Demi AFCON Bersama Senegal

Sadio Mane begitu ingin memenangi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) bersama negaranya Senegal sehingga beliau sanggup menggantikannya dengan pingat UEFA Champions League (UCL) yang dimenangi beliau dengan Liverpool.

Bintang Senegal itu adalah watak penting yang membantu Liverpool muncul juara UCL untuk kali ke-6 dalam sejarah kelab tersebut. Tetapi Mane yang tidak pernah memenangi apa-apa kejuaraan di peringkat antarabangsa berkata ianya lebih bermakna untuk memenangi pingat bersama negaranya.

“Muncul juara bersama skuad kebangsaan, yang tidak pernah memenangi apa-apa kejohanan adalah perkara yang menakjubkan,” ujar beliau.

“Saya sanggup menggantikan [kejuaraan] UCL bersama Liverpool untuk kejuaraan di AFCON bersama Senegal.

“Ia pasti perkara yang luar biasa dapat membawa pulang kejuaraan itu. Ia adalah impian besar saya.”

Mane juga percaya di sebalik segala sejarah penyertaan Senegal di pertandingan antarabangsa, skuad kali ini mempunyai ramuan terbaik untuk pergi jauh dalam kejohanan kali yang dianjurkan oleh Mesir.

“Ia berada di dalam tangan kami sendiri,” ujar Mane.

“Ia sangat jelas kami [Senegal] adalah salah satu pasukan pilihan. Tetapi kami harus berada pada prestasi terbaik dalam setiap perlawanan.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply