Sadio Mane: Dari Bermain Bola Sepak Di Jalanan Senegal Ke Bintang Premier League

Walaupun pada mulanya dikatakan sebagai perpindahan yang melampau kerana jumlahnya yang bernilai £30 juta. Sadio Mane menunjukkan nilainya menerusi gol menarik beliau ketika menentang Arsenal di hari pembukaan Premier League.

Walaupun kini sedang berada di saat hidup terhebatnya, Mane yang berasal dari Senegal ini mengharungi pelbagai liku-liku sukar dalam kehidupannya di awal kehidupannya.

“Awak betul nak pakai kasut ini?”

Mane berasal dari sebuah keluarga daif yang tinggal di Sedhiou dan sering menghabiskan masa dengan bermain bola sepak di jalanan.

Apa yang dilakukan oleh Mane ini sangat berbeza dengan norma keluarganya. Hal ini kerana, Mane berasal dari keluarga yang amat kuat dengan ajaran agama yang mereka anuti.

Keluarga Mane mempunyai perancangan tersendiri untuknya dan tidak bersetuju dengan kecenderungan Mane untuk bermain bola sepak. Namun begitu, semakin Mane menunjukkan minatnya terhadap bola sepak semakin keluarganya memberikan sokongan terhadapnya.

Perjalanan beliau di dalam dunia bola sepak bemula pada usia 15 tahun apabila beliau menjelajah sejauh 500 batu dari Sedhiou ke Dakar untuk mencuba nasib dalam satu sesi percubaan bola sepak.

Ketika itu beliau hanya datang ke sesi percubaan itu dengan hanya memakai kasut dan seluar yang koyak.

Keadaan Mane ketika itu menimbulkan persoalan jurulatih ketika itu.

“Awak datang sini untuk sesi percubaan bola sepak?”

“Awak betul nak pakai kasut ini? Awak tak ada seluar yang elok sikit ke?”

Mane sedar akan kekurangan yang ada pada dirinya. Namun begitu, beliau mahu menegaskan kepada jurulatih itu yang beliau mahu menunjukkan bakatnya di atas padang.

Persoalan jurulatihnya itu dibalas dengan aksi memukau beliau di atas padang. Selepas sesi percubaan, Mane terus diserapmasuk ke pasukan tersebut.

Dari Dakar ke Eropah

Keputusan Mane meninggalkan keluarganya di kampung adalah keputusan yang sukar kerana beliau terpaksa tinggalkan dengan sekumpulan manusia yang asing ketika di Dakar.

Sekumpulan manusia itu adalah keluarga yang diamanahkan oleh ibu bapa Mane untuk menjaga makan minum beliau di Dakar.

Dan pada 2011, Mane pergi meninggalkan Dakar untuk menyertai kelab Perancis – Metz.

Selepas setahun di Perancis, Mane pergi ke Austria untuk menyertai RB Salzburg. Di sana, karier Mane mula menyinar.

soccer-cl-rbs-vs-malmoe_1410

Ketika itu di sana, prestasi cemerlang Mane pernah menarik perhatian Spartak Moscow untuk melamar beliau. Namun begitu, tawaran lumayan yang diberikan itu ditolak oleh beliau.

Sebaliknya beliau memilih untuk bersama dengan Southampton di England pada 2014.

Karier bersama Liverpool

Sebenarnya Jurgen Klopp telah lama mahu mendapatkan Mane. Ketika Mane beraksi bersama RB Salzburg, Klopp pernah bertemu dengannya untuk mendapatkan khidmat beliau di Borrusia Dortmund.

Walaupun tidak bersama di Dortmund, Mane dan Klopp akhirnya bersama juga selepas Klopp membawa masuk beliau ke Liverpool pada musim panas lalu.

“Saya rasa sangat bertuah kerana berkerja dengan pengurus terbaik di dunia. Ia sudah ditakdirkan akan berlaku dan saya sungguh gembira berkerja dengannya.”

Mane jelas gembira berkerja bersama Klopp jelas terpancar ketika beliau meraikan gol pertamanya bersama Liverpool di Emirates.

Selepas menjaringkan gol menarik hasil solo menarik dari tepi padang, Mane terus menunjukkan jarinya ke arah Klopp dan melompat ke arah beliau untuk meraikan bersama-sama gol tersebut.

nintchdbpict000259_2961165a-1

Saat itu sungguh bermakna bagi Mane apabila beliau mengenangkan kembali segala pengorbanan yang beliau telah lakukan.

“Saya amat rindukan keluarga saya dan saya rindu hendak bersama dengan ibu dan kakak-kakak saya.”

“Tetapi untuk menjadi peman bola sepak saya perlu mengharungi hari-hari sukar tersebut dan kini saya sudah berjaya merealisasikan impian saya.”

Mane kini sungguh gembira dengan kehidupanya di Liverpool. Beliau semakin selesa dengan kehidupan di bandar tersebut dan tidak lagi sesat untuk ke padang latihan seperti pada awal penyertaan beliau sebagai pemain Liverpool.

“Saya cukup gembira untuk menjadi sebahagian daripada skuad yang dianggotai oleh ramai pemain berbakat. Mereka mempunyai cita-cita yang sama dengan saya dan ini memudahkan kami untuk mencapai matlamat kami.”

Sadio Mane

Ketika kanak-kanak, Mane selalu menganggap beliau tahu segalanya mengenai bola sepak.

“Ketika kecil saya rasa sudah tahu semua mengenai bola sepak. Saya mahu lakukan segalanya dengan cara saya tetapi hakikatnya saya perlu belajar pelbagai taktik, pelbagai cara permainan untuk menjadikan saya seorang pemain yang lengkap.”

“Walaupun begitu, saya adalah seorang pemain yang sedia mempelajari perkara baru untuk menjadikan saya pemain yang lebih baik.”

Jawab soalan trivia bola sepak dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola bakal menawarkan hadiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan yang tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini? Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan nantikan tarikh 15 November 2016. Tunggu!

Baca juga: Memphis Depay Yang Masih Gagal Menjadi The Flying Dutchman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN