Sadio Mane Akui Liverpool Tampil Kurang Menyakinkan Ketika Menewaskan Spurs

Mane

Bintang Liverpool, Sadio Mane mengakui bahawa pasukannya tampil dengan aksi kurang meyakinkan ketika mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1 di Anfield, Ahad lalu.

Dalam perlawanan tersebut, The Reds mendahului menerusi jaringan pembukaan Roberto Firmino hasil hantaran lintang Andy Robertson pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, corak permainan Liverpool berubah sehingga membolehkan Spurs berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Lucas Moura pada minit ke-70.

Bernasib baik

Liverpool berjaya memperolehi tiga mata berharga apabila tandukan Mohamed Salah pada minit ke-90 gagal diselamatkan dengan kemas penjaga gol Spurs, Hugo Lloris untuk Toby Alderweireld menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Mane akui Liverpool amat bernasib baik selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam situasi pasukan lawan sedang mendominasi permainan.

Liverpool’s Brazilian midfielder Roberto Firmino (L) celebrates with Liverpool’s Senegalese striker Sadio Mane (R) after scoring the opening goal of the English Premier League football match between Liverpool and Tottenham Hotspur at Anfield in Liverpool, north west England on March 31, 2019. (Photo by Paul ELLIS / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE.

“Permainan ini sangat sukar dan anda dapat melihat bahawa jika anda tidak boleh membuat banyak peluang, itu boleh berlaku,” kata Mane seperti yang dinyatakan oleh Goal International.

“Selain itu, kita perlu menghormati lawan [Tottenham] kerana mereka bermain dengan baik, tetapi mereka tewas. Tetapi saya fikir perkara paling penting hari ini (Ahad) adalah untuk mendapatkan tiga mata dan kami melakukannya,” tambah Mane.

Tekad Mane

Biarpun terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat, Mane berharap para pemain dapat mengatasinya dengan baik.

Mane turut meminta rakan sepasukan untuk segera melupakan kemenangan menentang Spurs dan beralih memberikan fokus kepada pertemuan seterusnya dengan Southampton yang dijadualkan Sabtu ini.

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 31: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Sadio Mane of Liverpool before the Premier League match between Liverpool FC and Tottenham Hotspur at Anfield on March 31, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Sudah tentu kita masih boleh menjadi lebih baik, tetapi kadang-kadang sukar selepas rehat antarabangsa kerana kita melakukan tiga sesi latihan bersama, atau dua, jadi semua pemain kadang-kadang masih kurang disesuaikan.”

“Kini kami kembali dan kami memulakan dengan kemenangan, saya fikir ia sangat penting, kami mempunyai tiga atau empat hari untuk berlatih bersama-sama, kembali seperti sebelum ini dan kembali ke landasan,” katanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram