Sacchi: “Saya Dah Cadangkan Milan Dapatkan Sarri & Dybala, Mereka Tak Nak Dengar!”

Prestasi cemerlang Napoli di bawah Maurizio Sarri telah membuka mata ramai pihak. Taktikal beliau mulai menjadi rujukan ramai pengurus muda di Itali.

Sampaikan satu ketika penganalisis bola sepak di Itali merasakan Sarri adalah calon untuk mengemudi Itali dengan DNA bola sepak yang terbaik.

Beberapa hari lalu, Marek Hamsik memberitahu yang pasukan Napoli pada hari ini adalah yang terkuat pernah beliau bermain bersama.

Pengurus legenda AC Milan mendedahkan yang beliau pernah mencadangkan kepada Berlusconi dan Galiani pada beberapa musim lalu agar mendapatkan Maurizio Sarri.

“Saya sudah pernah cadangkan kepada CEO Milan, Galliani dan Presiden ketika itu, Silvio Berlusconi agar mendapatkan Sarri.”

“Saya cakap kepada mereka, jika anda dapatkan Sarri, mereka akan berda 25 tahun langkah ke hadapan daripada yang ada sekarang seperti mana mereka lakukan ketika mendapatkan saya dahulu.”

Namun Milan memilih untuk mendapatkan Montella. Berlusconi dan Galliani tidak berminat dengan cadangan Sacchi. Akhirnya musim lalu, Napoli mendapatkan Sarri.

“Dia (Galliani) gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya dia sedang menyesal. Berlusconi seorang Presiden yang hebat dan sentiasa berfikir dalam kerangka lebih besar.”

“Saya juga cadangkan mereka dapatkan Dybala lebih awal daripada Juventus. Kerana saya melihat ‘budak’ itu berbakat dan bijak. Itupun mereka tidak pedulikannya.”

Hari ini, di bawah pemilikan baru, Milan masih bergelut untuk mendapatkan keputusan terbaik di dalam padang meskipun berbelanja sangat besar.

“Jika saya perlu bercakap tentang Milan yang ada pada hari ini, saya nak nyatakan yang pandangan saya tidak begitu positif.”

Sacchi juga sependapat dengan Shevchenko yang sebelum ini mengkritik cara pembelian pemain oleh Milan yang agak emosi dan ada beberapa posisi penting tidak diisi. Dan ada posisi lain pula berlaku lebihan kualiti yang ketara.

Bagi Sacchi, beliau hairan dengan cara Milan membeli pemain sehingga membeli 1 pasukan baru.

“Saya masih menunggu mereka menjadi satu pasukan buat masa ini sebab saya masih menghormati Montella. Apa yang pasti saya tidak pernah melihat mana-mana pasukan besar membeli 11 pemain baru pada pra-musim.”

Ditanya sama ada Carlo Ancelotti sesuai untuk menguruskan Milan. Sacchi berkata:

“Dia sesuai di mana sahaja termasuk di kerusi simpanan Itali (jurulatih Itali).”

Sumber

Football Italia – http://www.football-italia.net/110756/sacchi-i-told-milan-hire-sarri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN