Sabah Tak Jadi Ambil Pemain Import

Pendatang baharu Liga Super, Sabah telah membuat keputusan untuk tidak mengambil pemain import dari Puerto Rico untuk menguatkan lagi barisan skuad mereka.

Dalam laporan The Star Online, pemain bernama Joseph Marrero yang menjalani pemilihan dengan pasukan dari Borneo itu jelas tidak mampu memenangi hati Kurniawan Yulianto dalam dua siri perlawanan persahabatan pra-musim di Manila.

Hasilnya, Sabah akan mencari pilihan lain untuk mencari pemain tengah yang lebih baik berbanding Marrero dalam usaha menguatkan cabaran pasukan tersebut.

“Calon pemain iimport yang kelima iaitu Joseph Marrero mungkin tidak akan diambil pasukan kerana beliau bukanlah pemain tengah yang kira cari.”

Selain itu, terdapat beberapa pemain import lain yang diuji Sabah iaitu penyerang Hector Ramos serta pemain sayap iaitu Dennis Buschening.

Sabah masih lagi mengekalkan dua pemain import mereka dari musim lalu iaitu pemain penyerang Rodoljub Paunovic dan juga tonggak pertahanan dari Korea Selatan – Park Tae-soo.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram