Sabah FA Ikat Pemain Kacukan Thai-Jerman, Dennis Buschening

Sabah FA dilaporkan telah mengikat pemain berdarah Thailand-Jerman, Dennis Buschening untuk kuota pemain import ASEAN semalam

Perkara tersebut dikongsikan oleh media sosial kelab peminat Sabah FA, Sabah Football Fan Club di laman media sosial Facebook semalam, memaparkan Buschening telah memeterai kontrak dengan pengurusan pasukan.

Menguatkan andaian tersebut pula ialah muat naik terkini di laman Instagram Buschening yang menganggap Sabah sebagai ‘rumah baharu’ beliau untuk tahun 2020.

Pemain berusia 29 tahun ini merupakan seorang pemain sayap dan mampu beraksi di kedua-dua belah kiri dan kanan sayap serangan.

Turut pernah bersama Buriram United pada musim 2013-2014, karier Buschening kebanyakkannya adalah di Liga Thai.

Beliau dipinjamkan ke BEC Tero Sasana sejurus menyertai Buriram, dan sejak dari itu telah beraksi bersama beberapa pasukan lain seperti Army United (telah dibubarkan), dan Navy FC (kini Rajnavy Rayong FC).

Kelab terakhir yang Buschening sertai ialah Chainat Hornbill pada 2019.

Ketibaan Buschening bermakna pemain sayap itu menjadi pemain import pertama yang dibawa masuk oleh Sabah FA di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto.

Buschening dijangka akan bersaing sengit dengan beberapa pemain tempatan sedia ada, termasuk pemain muda, Hamran Peter yang dijangka membarisi skuad utama skuad Tambadau pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN