Rusia 2018 : Willian Yakin Kesilapan 2014 Tidak Akan Berulang

Willian

Bintang Brazil, Willian Borges da Silva berjanji bahawa beliau dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik dan yakin kesilapan 2014 tidak akan berulang lagi dalam kejohanan Piala Dunia yang bakal berlangsung di Rusia nanti.

Willian antara pemain yang menggalas tugas bersama The Selecao di Piala Dunia 2014 turut mengimbas tentang episod duka yang dihadapi negaranya di tanah air sendiri empat tahun yang lalu.

BELO HORIZONTE, BRAZIL – JULY 08: Willian of Brazil is challenged by Bastian Schweinsteiger of Germany during the 2014 FIFA World Cup Brazil Semi Final match between Brazil and Germany at Estadio Mineirao on July 8, 2014 in Belo Horizonte, Brazil. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

Brazil sebagai tuan rumah terpaksa menelan kekalahan memalukan dihadapan penyokong sendiri selepas diaibkan oleh Jerman 7-1 di Stadium Maracana.

Tahun ini, skuad bimbingan Tite akan kembali dengan misi dan semangat yang baru bagi mengejar kejuaraan keenam negara itu dalam edisi Piala Dunia.

“Harapan saya adalah mahukan yang terbaik. Saya fikir kami (Brazil) sudah melakukan yang terbaik di pusingan kelayakan dan pasti akan mengulanginya semula di Rusia nanti kerana kami sekarang berada di landasan yang terbaik” ujar Willian dalam temubual dipetik dari Goal.

Namun, Willian menegaskan, bukan mudah bagi pasukannya untuk merangkul kejuaraan kerana banyak pasukan hebat yang mampu memberi tentangan sengit di Rusia nanti

Brazil boss: Liverpool magician Coutinho has usurped Chelsea’s Willian

“Sukar untuk menentukan pasukan mana akan bergelar juara kali ini. Terdapat empat atau lima pasukan termasuk Brazil yang sama hebat dan mampu melakukannya.”

“Piala Dunia adalah kejohanan yang besar dan sebarang kesilapan tidak boleh dilakukan, terutama dalam perlawanan akhir.”

Kejohanan kali ini menjadi medan bagi Brazil untuk menebus kekecewaan 2014.

Brazil dijadualkan akan mengadakan perlawanan persahabatan  menentang Crotia, Ahad ini dan Austria pada 10 Jun ini bagi persiapan menjelang Piala Dunia yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN