Rusia 2018 : Three Lions Mahu Mengaum Di Rusia Demi Wilkins

The Three Lions diundi berada dalam kumpulan G bersama Belgium, Panama dan Tunisia.

England akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Tunisia pada 18 Jun ini sebelum berdepan Panama dan Belgium.

England

Pada edisi kali ini, skuad bimbingan Gareth Southgate telah diperkuatkan dengan barisan pemain-pemain muda.

Ruben Loftus-Cheek, adalah antara 23 pemain yang telah disenaraikan untuk menghadapi kejohanan pada kali ini.

Bercakap di sidang media di Saint Petersburg, Loftus-Cheek berkata beliau dan rakan sepasukan akan memberikan aksi sehabis baik  di Piala Dunia demi legenda England, Ray Wilkins.

(Photo by Alex Morton/Getty Images)

“Semua perlawanan yang bakal kami hadapi di Piala Dunia kali ini dan sejauh mana pun kemampuan kami, kami akan lakukannya demi Ray .”

Loftus-Cheek yang buat pertama kali tampil di pentas Piala Dunia turut menghargai dan mengenang jasa Wilkins yang pernah bersama England satu ketika dahulu.

“Dia merupakan ikon untuk Chelsea dan bolasepak England. Saya fikir kebanyakan pemain di England akan merindukannya.”

Tambahnya lagi, “Pastinya, kami akan melakukan yang terbaik untuknya.”

Ray Wilkins meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital St George’s, London selepas mengalami serangan jatung pada April tahun ini.

Bekas kapten England itu pernah tampil sebanyak 84 kali bersama England antara tahun 1976 sehingga 1986.

Di peringkat kelab, beliau pernah mewakili Chelsea, Manchester United, Queen’s Park Rangers, AC Milan dan Paris St-Germain dan telah beraksi lebih 150 perlawanan.

Manakala bagi Loftus-Cheek, pemain muda yang beraksi bersama Crystal Palace pada musim lalu ini harus bersaing dengan Eric Dier dan juga kapten Liverpool, Jordan Handerson untuk berada di dalam kesebelasan utama skuad England.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN