Rusia 2018: Rabiot Beritahu Deschamps, Enggan Jalani Latihan Pasukan Simpanan Perancis

Pemain tengah PSG, Adrien Rabiot dilaporkan sudah menghantar surat rasmi kepada Didier Deschamps menyatakan beliau tidak bersedia untuk menjalani latihan untuk skuad simpanan pasukan Perancis.

Perancis menyenaraikan 11 pemain dalam senarai menunggu ataupun simpanan. 11 pemain ini diminta melapor diri untuk menjalani latihan tetapi bukan di pusat latihan utama pasukan kebangsaan.

Dalam polisi terbaru oleh Deschamps, pemain-pemain dalam senarai menunggu tidak akan berlatih bersama-sama dengan kem kebangsaan di pusat latihan Clairefontaine.

Mereka perlu berlatih sendiri dan mengemaskini jadual latihan mereka kepada Deschamps. Sebab itu Rabiot antara pemain yang dirasakan tidak percaya bahawa pemain dalam senarai simpanan akan ada peluang untuk dipanggil.

Sumber L’Equipe menyatakan surat tersebut adalah melalui peguam pemain tersebut dengan menyebut Rabiot tidak memerlukan nasihat untuk keputusan beliau itu.

Menurut sumber di Perancis, staf kejurulatihan Perancis membuat keputusan sangat sukar untuk Rabiot. Tetapi Deschamps memutuskan untuk menyingkirkan nama Rabiot daripada senarai 25 pemain.

Ini kerana menurut Deschamps, aksi Rabiot bersama Perancis jauh berbeza dengan aksi beliau di PSG.

Rabiot ada 6 kaps bersama Perancis. Senarai akhir untuk skuad Piala Dunia adalah pada 4 Jun, hari pendaftaran pemain.

Tindakan Rabiot ini dikhuatiri akan mengeruhkan hubungan beliau dengan Deschamps dan ia mungkin akan mempengaruhi tempat beliau dalam skuad Perancis di masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN