Rusia 2018: Portugal Terus Buru Slot Automatik

Portugal dan Switzerland kini bersaing untuk merebut tempat automatik ke Rusia 2018. Sebelum ini Itali sah akan bermain dalam play off.

Berikut adalah kedudukan semasa kumpulan B:

Fernando Santos masih percaya skuad beliau akan mampu untuk layak secara autoamatik ke Rusia 2018. Portugal ada perbezaan jaringan yang sangat besar sekiranya kedudukan mata dengan Switzerland terikat.

Portugal akan turun berhadapan dengan Andorra pada hari ini. Pasukan yang mereka belasah 6-0 sebelum ini.

Di samping itu, Portugal mengharapkan Hungary akan menang dalam perlawanan menentang Switzerland. Hungary antara pasukan yang mampu memberikan kejutan kepada mana-mana pasukan.

Portugal seharusnya tiada masalah untuk menang dalam perlawanan menentang Andorra ini. Namun sebelum ini, banyak pasukan yang sudah dikejutkan oleh pasukan kerdil.

Semalam Itali bergelut untuk seri dengan Macedonia. Bulan lalu, anda pasti masih ingat bagaimana Luxembougrg mengikat pasukan Perancis.

Andorra adalah pasukan yang tidak mampu mendaftarkan 25 pemain ataupun 23 pemain di dalam pasukan mereka. Mereka hanya ada 18 pemain. Hanya 4 sahaja yang bermain di liga luar Andorra.

Cristiano Ronaldo di dalam kondisi terbaik untuk membantu skuad Portugal selepas beberapa aksi cemerlang beliau di peringkat kelab sebelum ini.

Namun begitu, Ronaldo perlu mengelakkan sebarang kad kuning pada hari ini untuk mengelakkan beliau digantung dalam perlawanan terakhir yang dijangka akan menjadi penentu siapa akan mara secara automatik.

Ini kerana perlawanan terakhir, Portugal dan Switzerland akan bertemu sesama sendiri. Hanya 2 pasukan ini sahaja yang akan menentukan siapa akan mara secara automatik dan siapa pula akan beraksi di play off.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram