Rusia 2018: Perancis Tiada Keistimewaan, Pogba Hanya Gemar Warnakan Rambut- Hareide

Adakah perang psikologi menjelang Piala Dunia mulai 14 Jun akan datang sudah pun bermula?

Jurulatih Denmark, Age Hareide (gambar bawah) ketika ditanya mengenai penilaian beliau kepada pasukan yang dianggap terkuat dari Kumpulan C, mempunyai pendapat yang agak panas.

(Photo by Lars Ronbog / FrontZoneSport via Getty Images)

Dalam satu temuramah di Denmark, Hareide menganggap bakal lawan mereka itu di peringkat kumpulan tidak memiliki seorang pemimpin di atas padang, dan langsung tidak berpeluang untuk menjuarai kejohanan tersebut di Rusia.

“Saya tidak mempunyai kepercayaan kepada pasukan itu. Tidak ada apa yang istimewa dengan Perancis,” ujar Hareide kepada Jyllands Posten, sebuah akhbar harian di Denmark.

“Perancis pada hari ini tidak mempunyai seorang pemimpin di atas padang. Dulu mereka memiliki pemain seperti Zinedine Zidane yang mampu membangkitkan semangat rakan sepasukan,” jelas jurulatih dari Norway yang telah mengendalikan skuad kebangsaan Denmark sejak tiga tahun yang lalu.

(Photo credit should read GERARD JULIEN/AFP/Getty Images)

Denmark dijadualkan akan berhadapan dengan Perancis di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C pada 26 Jun.

“Perancis harus bermain sebagai sebuah pasukan jika mengimpikan sesuatu dari Piala Dunia ini,” tambah beliau lagi.

Jurulatih berusia 64 tahun itu turut tidak teragak-agak untuk mengkritik karakter pemain tengah Manchester United kerana gaya rambut pemain tersebut.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Pemain itu beraksi menentang Manchester City dengan warna rambut diwarnakan biru dan putih. Adakah Pogba akan mewarnakan rambutnya merah dan putih ketika berhadapan Denmark?,” tanya Hareide sambil berseloroh.

“Oh Tuhan ku! Adakah pemain ini hanya tahu memikirkan rambutnnya?” Tanya Hareide lagi.

Sebagai jurulatih, Hareide pasti mengharapkan Denmark melalui kejohanan tersebut dengan cemerlang.

“Saya tidak boleh berkata bahawa saya sudah gembira kerana sudah beraksi di Piala Dunia,” tambah beliau lagi.

Selain daripada Perancis dan Denmark, dua lagi negara yang turut berada di dalam Kumpulan C ialah Peru dan juga Australia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram