Rusia 2018: Hazard Beri Bayangan Belgium Perlu Kerja Keras Sekat N’Golo Kante

Perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 akan menyaksikan satu perlawanan menarik bakal menemukan Belgium dan juga Perancis.

Kedua-dua pasukan ini dilihat lengkap di segala posisi jika dilihat dari atas kertas, tetapi menurut Eden Hazard Perancis mempunyai satu kualiti yang perlu diberi perhatian lebih.

Kualiti yang beliau maksudkan adalah kualiti yang ada pada pemain tengah mereka – N’Golo Kante.

Hazard dan Kante merupakan rakan sepasukan di peringkat kelab dan beliau cukup mengenali corak permainan pemain berkenaan.

LONDON, ENGLAND – MAY 15: Eden Hazard of Chelsea is closed down by Ngolo Kante of Leicester City during the Barclays Premier League match between Chelsea and Leicester City at Stamford Bridge on May 15, 2016 in London, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Menurut Hazard, jika pemain tersebut berjaya beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang Belgium maka peluang untuk Perancis menang amat tinggi.

“Bagi saya, kerja yang terbaik di dunia adalah tugas N’Golo Kante di dalam padang.”

“Jika Kante beraksi baik maka mereka akan ada 95% peluang untuk memenangi perlawanan ini.”

KAZAN, RUSSIA – JUNE 16: Ngolo Kante of France and Tom Rogic of Australia battle for the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between France and Australia at Kazan Arena on June 16, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

“Jadi kini ianya terpulang kepada kami bagaimana hendak menghentikan beliau.”

“Kami perlu lakukan apa sahaja untuk memastikan Kante tidak akan datang dan ambil bola daripada kami.”

Selain Kante, Hazard juga mengakui beliau melihat prospek yang besar dalam diri penyerang Perancis – Kylian Mbappe.

YEKATERINBURG, RUSSIA – JUNE 21: Kylian Mbappe of France scores his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between France and Peru at Ekaterinburg Arena on June 21, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Saya akui yang saya sangat seronok melihat Kylian Mbappe beraksi. Saya cukup tabik dengan apa yang beliau lakukan.”

“Jika pada waktu kecil, beliau melihat video saya bermain tetapi kini saya pula yang melihat video beliau beraksi!”

“Dalam era bola sepak moden dan pada usia muda sebegitu, apa yang beliau lakukan cukup-cukup mengagumkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN