Rusia 2018: Harry Kane Kuasai Carta Kutipan Mata Fantasy Football

Semua sudah maklum bahawa FIFA meneruskan permainan popular ‘fantasy football’ untuk edisi 2018 ini.

Kali ini kami memberikan rekomendasi untuk pemilihan pemain dalam permainan ini. Semua rekomendasi ini ditulis khas pasca tamatnya perlawanan peringkat kumpulan.

Kapten paling popular

Anda ada letak selain mereka di atas untuk kapten? Sumber: FIFA.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo telah menjadi pemain paling banyak diletakkan sebagai kapten pasukan. 18% daripada jutaan peserta memilih beliau sebagai kapten.

Tidak lain tidak bukan, Lionel Messi (Argentina) turut menjadi pesaing rapat beliau di dunia fantasi. Begitu juga dengan Neymar (Brazil).

Pakej kejutan dapat dilihat apabila Romelu Lukaku turut menjadi pilihan utama peserta permainan ini. Beliau menduduki tempat keempat dalam pemilihan kapten di seluruh dunia.

Mata paling banyak

Harry Kane menduduki tangga teratas bagi penjaring terbanyak kejohanan. Impaknya dapat disaksikan apabila 26 mata telah diraih setakat ini.

Pemain Sweden, Andreas Granqvist hanya dibezakan 1 mata di belakang Harry. Yerry Mina salah seorang anggota skuad Colombia pula mengutip 24 mata.

Terkeluar

Beberapa pemain Jerman menjadi pilihan utama yang dikeluarkan oleh peserta ‘fantasy football’ kali ini. Joshua Kimmich dan Manuel Neuer telah menjadi mangsa perpindahan keluar itu.

Pemain tuan rumah, Denis Cheryshev turut menjadi pilihan pemain yang dikeluarkan oleh peserta.

Pilihan masuk

Hooray! Aku pilihan popular. Sumber: GettyImages.com

Pemain Croatia, Luka Modric telah menikmati pilihan ramai peminat untuk permainan ini. Lebih 270 ribu peserta telah membawa masuk beliau dalam skuad yang dibentuk.

Harry Kane dan Romelu Lukaku turut juga mula mendapat tempat untuk dipilih masuk oleh para pemain. Pemain Brazil, Philippe Coutinho menjadi pemain selain Eropah paling utama mencuri tumpuan untuk dibawa masuk dalam pertandingan ini.

Penutup

Jangan lupa untuk mengemaskini pasukan anda kerana mod ‘Free Transfer’ telah diberikan kepada anda. Manfaatkannya sebaik mungkin!

Cuma jangan kekalkan pemain yang sudah meninggalkan saingan lebih awal! Rugi pada mata yang dijangka akan dikutip nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN