Rusia 2018: FIFA Perkenal Permainan Teka Skor Bagi Memeriahkan Saingan Piala Dunia

Anda boleh meramalkan keputusan perlawanan Piala Dunia 2018? Ingin bersaing bersama rakan-rakan?

FIFA telah membuka jalan untuk anda semua dengan memperkenalkan permainan ‘Match Predictor.’

Bukan perjudian wang!

Anda boleh mendaftar untuk bermain permainan ini di pautan ini:

https://predictor.fifa.com/

Jangan risau, ia bukanlah berunsur pertaruhan wang. Tetapi kami mengingatkan jangan bermain dengan unsur pertaruhan wang meskipun FIFA memperkenalkan permainan ini.

Ciri menarik

Seseorang pemain akan diberikan markah sekiranya berjaya meneka:
1) Skor perlawanan dengan tepat
2) Keputusan perlawanan yang betul (menang / seri / kalah)
3) Margin gol
4) Bilangan gol dalam perlawanan tersebut

Tetapi, semakin banyak peserta meneka keputusan dengan tepat (kecuali item nombor 4), semakin sedikit markah akan
diberikan.

Takkanlah anda nak teka pasukan kesayangan anda kalah?

Dalam kata lain, semakin sedikit peserta meneka keputusan dengan betul, semakin banyak markah bakal diberi.

Bilangan markah yang akan diberikan di antara 1 hingga 100.

Kuiz bonus

Penganjur telah memberikan satu peluang berharga juga dengan memperkenalkan kuiz bonus. Kuiz markah bonus akan muncul
kira-kira 60 minit sebelum perlawanan sebenar dimulakan.

Contohnya, tertera di bawah, pasukan manakah yang akan mendapat banyak sepakan percuma.

Siapa yang tidak suka kuiz bonus? Manalah tahu anda peramal yang tepat!

Sekiranya tekaan anda betul, anda akan mendapat 30 markah ekstra.

Lawan tetap lawan

Ya, anda boleh mengajak rakan serumah, sekelas mahu pun sepejabat untuk menyertai permainan ini. Malah, anda boleh mewujudkan Private League. Mirip Fantasy Premier League yang biasa kita bermain sebelum ini.

Private atau Public? Errr…

Masa inilah untuk anda membuktikan siapa paling hebat meramalkan keputusan 64 perlawanan Piala Dunia. Tetapi, jangan lupa masukkan tekaan walaupun sibuk berhariraya.

Jangan risau, ramalan skor anda akan automatik disimpan. Dan laman web ini memaparkan juga ramalan yang dibuat oleh pemain dari serata dunia.

Penutup

Sebelum bermain, anda mesti mendaftar terlebih dahulu. Dan tiada sebarang kos dikenakan penganjur untuk permainan ini.

Pada hemat penulis, permainan ini sangat menyeronokkan. Penulis pernah mencuba beberapa permainan teka skor seperti ini. Memang berbaloi bermain bersama rakan-rakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN