Rusia 2018: Del Bosque Merasakan England Tiada Pembangunan Taktikal Dalam Bola Sepak

Bekas pengurus juara dunia Sepanyol, Vicente Del Bosque menzahirkan rasa simpati beliau kepada pemain-pemain England. Beliau melihat ada kepincangan di antara kualiti teknikal dan taktikal.

Ini kerana, Del Bosque merasakan negara tersebut ramai pemain berkualiti sejak dari dahulu lagi, namun kurangnya jurulatih yang mamiliki pengurusan taktikal yang baik.

Del Bosque berpendapat, England mungkin tidak memberikan tumpuan kepada isu taktikal bola sepak dalam program bola sepak mereka. Itu sebenarnya telah menjadi salah satu permasalahan pokok dalam bola sepak.

Lalu beliau mencadangkan agar England belajar daripada Sepanyol cara mereka menguruskan taktikal dan memaksimumkan keupayaan pemain di dalam pasukan.

“Saya lihat England sebagai negara yang memiliki ramai pemain berjiwa besar untuk menyarung jersi negara mereka.”

England
LONDON, ENGLAND – MARCH 27: The England team observe a minutes silence in memory of Jimmy Armfield, Cyrille Regis, and Davide Astori prior to the International friendly between England and Italy at Wembley Stadium on March 27, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Saya pasti, mereka ada emosi yang kuat untuk bermain dalam pasukan kebangsaan. Walaupun mereka gagal mencapai sesuatu, anda tidak boleh katakan mereka tidak memiliki pemain yang bagus. Mereka memiliki ramai pemain yang bagus.”

“Saya tidak tahu apa masalah sebenar mereka. Mungkin mereka masih belum membangunkan taktikal bola sepak seperti mana yang telah dilakukan negara-negara lain.”

“Sepanyol adalah contoh negara yang sentiasa bagus dalam melahirkan individu yang bagus tetapi sekarang mereka sangat bekerja keras untuk membangun secara kolektif.”

“Itulah perbezaan pembangunan sukan di negara kami berbanding dengan beberapa negara yang lain. Jadi, saya tidak nampak negara lain tidak mampu melakukan perkara yang sama.”

Mungkin bunyinya agak ego tetapi ada kebenarannya. Dan Del Bosque harus menyertakan sekali kegagalan beliau memikirkan taktikal lebih berkesan ketika tiki taka mulai sukar bernafas pada 2014 sebagai salah satu contoh.

Beliau tiadak pelan B yang berkesan pada ketika itu. Mungkin kerana terlalu yakin?

Pep Guardiola mulai mencari formula baru untuk meninggalkan tiki taka kerana banyak pasukan yang mulai tahu cara mengatasi mereka.

Berbalik kepada komen Del Bosque, dari segi taktikal, England memang negara yang kerap dikritik kerana pemilihan pengurus yang kurang mantap dari segi taktikal terutama sekali dalam taktikal moden.

Fabio Capello antara pengurus yang baik, namun beliau tetap gagal untuk mengimplementasi taktikal yang berkesan dengan pemain-pemain England secara kolektif seperti mana yang dikatakan oleh Del Bosque.

Pada era Del Bosque menjuarai Piala Eropah dan Piala Dunia, beliau berjaya membentuk pasukan yang memahami kehendak taktikal pasukan dan mengoptimumkan keupayaan pemain.

Komen ini mungkin harus diambil berat oleh pengurusan bola sepak di Malaysia, di mana kita harus mulai fokus kepada pembangunan taktikal bukannya terlalu teknikal di dalam latihan.

Namun persoalannya juga, apa pula komen Del Bosque dari segi teknikal pemain dan pembangunan taktikal untuk negara kita jika beliau melihatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN