Rusia 2018: Danny Welbeck Mahu Ledak Lebih Banyak Jaringan Buat England

Gol kedua yang dihasilkan ketika bertemu Costa Rica pada perlawanan persahabatan kelmarin merupakan jaringan ke-16 buat Danny Welbeck di pentas antarabangsa.

Jumlah jaringan tersebut menjadikan penyerang Arsenal itu sebagai penjaring terbanyak skuad England bagi para pemain yang terpilih ke Rusia.

Keadaan itu meningkatkan lagi moral Welbeck bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2018 dan beliau mengharapkan agar dapat menyamai jumlah jaringan yang dicipta legenda Manchester United dan England, David Beckham.

Beckham telah menjaringkan 17 jaringan sepanjang kariernya bersama skuad Three Lions itu.

Ini bermakna Welbeck hanya memerlukan satu gol sahaja lagi untuk menyamai pencapaian tersebut.

”Jelas sekali saya mahu lebih banyak beraksi untuk England dan menjaringkan lebih banyak gol.”

LEEDS, ENGLAND – JUNE 07: Danny Welbeck scores his sides second goal during the International Friendly match between England and Costa Rica at Elland Road on June 7, 2018 in Leeds, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

“Saya tidak sabar untuk mencapai matlamat itu tetapi saya tidak mahu beristirehat dengan apa yang telah saya kecapi, saya mahu untuk terus bertambah baik.”

“Detik paling luar biasa ketika saya menonton perlawanan England adalah gol dari Michael Owen (menentang Argentina) pada Piala Dunia 1998 dan sepakan percuma Beckham bertemu Greece di Old Trafford.”

”Dia (David Beckham) merupakan aspirasi kepada semua pemain di seluruh dunia.”

Dalam usaha Welbeck untuk mencipta jaringan, beliau perlu menghadapi persaingan hebat daripada dua penyerang hebat di Liga Perdana Inggeris iaitu Harry Kane dan Jamie Vardy serta Marcus Rashford.

”Marcus (Rashford) menjaringkan gol yang cantik dan Vards (Jamie Vardy) sangat berbahaya pada keseluruhan permainan, terdapat banyak persaingan dalam skuad ini.”

”Tetapi saya mempunyai rekod jaringan yang baik buat England. Saya sentiasa mencuba untuk menjaringkan gol.”

Rekod penjaring terbanyak buat skuad England ketika ini dipegang Wayne Rooney selepas penyerang berpengalaman itu menghasilkan 53 jaringan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN