Rumusan Perbelanjaan Perpindahan Oleh Kelab EPL Pra Musim 2019/20

Jendela perpindahan EPL secara rasmi sudah ditutup. Dan berikut adalah rumusan tentang jumlah perbelanjaan pasukan pada kali ini.

Perbelanjaan keluar

Secara keseluruhannya, kelab EPL membelanjakan £1.4 billion daripada 99 perjanjian tetap.

Manchester United mendahului carta perbelanjaan dengan mengeluarkan £148 juta – selepas mendapatkan Maguire dengan rekod bek tengah paling mahal dalam sekarah. United turut membayar £50 juta untuk Aaron Wan-Bissaka dan £18 juta untuk Daniel James.

Di tempat kedua adalah pasukan baru naik, Aston Villa dengan £144.5 juta. Villa membeli 12 pemain. Antaranya Tyrone Mings (£26.5 juta), Wesley (£22 juta), Matt Targett (£17 juta) dan Douglas Luiz (£15 juta).

Arsenal membelanjakan £138 juta dengan mendapatkan Nicolas Pepe, William Saliba, Kieran Tierney, David Luiz, Gabriel Martinelli dan meminjam Dani Ceballos.

Man. City membelanjakan sekitar £134 juta. Keutamaan mereka adalah menguatkan barisan belakang dengan membeli Rodri (£62.5 juta), bek sisi, Joao Cancelo (£60 juta). Ini ditambah dengan kehadiran Zackary Steffen (£7 jura) dan Angelino Jose Angel (£5.3 juta).

Perbelanjaan Everton mencecah £118.5 juta selepas membeli Alex Iwobi pada ‘deadline day’, selain Moise Kean (£27.5 juta), Jean-Phillippe Gbamin (£25 juta), Andre Gomes (£22 juta) dan Fabian Delph (£9 juta).

Tottenham adalah kelab terakhir yang berbelanja atas £100 juta. Mereka membelanjakan £101.5 juta untuk Ryan Sessegnon, Ndombele dan Jack Clarke.

Walaupun Chelsea dikenakan penggantungan dalam perpindahan kali ini mereka berjaya melangsaikan urusan perpindahan yang dibuat sebelum ini. Chelsea membelanjakan £40 juta untuk Kovacic.

Liverpool adalah pasukan ‘big 6’ paling berjimat kali ini dengan membelanjakan hanya £4.4 juta.

Ini rumusan ringkas daripada jumlah perbelanjaan keluar oleh setiap kelab.

Wang masuk

Selepas melihat angka yang dibelanjakan, kita lihat pula jumlah wang yang diterima oleh setiap kelab.
Secara keseluruhannya, kelab EPL melakukan transaksi jualan sebanyak 183. Mereka menerima £806.5 juta daripadanya.

Chelsea penjual paling besar dengan jumlah £213.2 juta, terutamanya hasil jualan menjual Eden Hazard kepada Real Madrid sekitar £130 juta dan Alvaro Morata ke Atletico Madrid dengan harga £58.3 juta.

Ini diikuti Leicester, mengumpul sejumlah £80 juta daripada penjualan Maguire. Seterusnya Manchester United (£74 juta), Everton (£60 juta), Manchester City (£58.1 juta), Arsenal (£55.5 juta), Crystal Palace (£50 juta) dan Bournemouth (£36.5 juta).

Berikut adalah jumlah ‘nett spending’ (perbelanjaan – wang masuk).

Hanya Chelsea, Liverpool dan Crystal Palace di atas paras negtaif. Manakala 17 pasukan lain adalah positif. Aston Villa paling tinggi angka negatif pada nett spending.

Adakah anda berpuas hati dengan urusan perpindahan kali ini untuk kelab anda sokong?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram