Rufino Segovia Simpan Tekad Mahu Bergelar Jurulatih Selangor

Rufino Segovia

Selepas tiada dalam perancangan skuad Selangor bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2021, Rufino Segovia menyimpan tekad untuk kembali menabur bakti bersama kelab tersebut sebagai jurulatih pada satu masa nanti.

Jodoh Rufino bersama skuad Gergasi Merah itu berakhir selepas Selangor mengesahkan pemain kelahiran Madrid tersebut menjadi salah seorang pemain yang dilepaskan bersama-sama Taylor Regan, Syazwan Zainon, Khyrill Muhymeen Zambri, Farizal Harun, Nick Swirad, K. Prabakaran dan Muhammad Zahril Azri Zabri.

Sepanjang empat musim bersama Selangor, musim 2018 pasti menjadi antara detik manis buatnya apabila Rufino bergelar penjaring terbanyak kempen Liga Super selepas berjaya meledakkan 19 gol.

Bagaimanapun pada musim berikutnya, awan hitam menyelubungi karier Rufino apabila beliau disahkan mengalami kecederaan ‘Achilles Tendon’ ketika perlawanan liga bertemu Kuala Lumpur di Cheras pada bulan Mac yang memaksanya melupakan baki kempen musim tersebut.

Meskipun begitu Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dilihat sentiasa memberikan sokongan padu terhadap proses pemulihannya sehingga beliau kembali memperkuatkan skuad Selangor dalam menghadapi saingan musim ini.

Sehubungan dengan itu menurut sumber laporan dikeluarkan MyMetri, Rufino mengakui amat sedih baginya untuk mengucapkan selamat tinggal buat Selangor.

“Hari ini (semalam) adalah hari yang sedih bagi saya, namun saya bersyukur kerana saya pernah bermain untuk pasukan Selangor.”

”Saya harap dapat kembali semula sebagai jurulatih,” ujar Rufino bercakap kepada wakil MyMetro.

“Saya akan sentiasa menyayangi dan mengingati kamu (penyokong Selangor) selamanya.”

“Saya mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Empat musim yang terbaik dalam hidup saya, dengan penyokong terbaik yang boleh saya impikan, sebuah kelab dan penyokong yang memberikan segalanya untuk saya dan saya memberikan segalanya untuk anda.”

Kredit featured image: Facebook Selangor FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Rufino Segovia:

Red Giants Terpaksa Lupakan Khidmat Rufino Segovia Selama 4 Bulan

Rufino Segovia Sedia Bantu Selangor Raih Tiga Piala Musim Depan

Taylor Regan & Rufino Segovia Sah Tinggalkan Selangor

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply