Rudiger Mahu Tinggalkan Chelsea Kerana Tidak Yakin Kepada Tampuk Pengurusan Kelab

Antonio Rudiger

Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger kini menzahirkan rasa beliau untuk meninggalkan pasukan tersebut selepas melihat satu situasi lazim yang berlaku di kelab itu.

Situasi lazim yang dimaksudkan adalah pertukaran pengurus pasukan yang sering berlaku di kelab itu.

Menurut laporan The Chelsea Chronicle, Rudiger kini sudah hilang kepercayaan dengan tampuk pengurusan kelab itu selepas melihat empat pengurus mengurus pasukannya dalam masa empat tahun.

Ketika pertama kali tiba di Stamford Bridge, Rudiger bermain dibawah kendalian Antonio Conte.

Selepas itu, beliau bermain dibawah Maurizio Sarri, Frank Lampard dan juga Thomas Tuchel.

Tidak menentu

Walaupun Rudiger dianggap sebagai antara pemain pertahanan tengah yang cukup baik, karier Chelseanya terganggu selepas Lampard menjadi pengurus.

Namun begitu, ketika Tuchel tiba peluangnya untuk beraksi dalam kesebelasan utama diberikan semula oleh pengurus Jerman itu.

Tuchel nyata gemarkan corak permainannya dan terus mengekalkan pemain tersebut dibahagian pertahanan tengah.

Kontraknya kini bakal berakhir pada akhir musim ini, dan Chelsea pastinya sudah melakukan gerak kerja untuk mengekalkan beliau.

Perbincangan untuk melanjutkan kontrak pemain kebangsaan Jerman itu dikhabarkan telah bermula namun Rudiger masih lagi berkira-kira sama ada hendak kekal di Stamford Bridge atau tidak.

Jadi Rudiger meninggalkan kelab itu secara percuma, jelas sekali ianya adalah kerugian besar buat Chelsea.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply