Rubin Kazan Gagal FFP, Digantung Daripada Pertandingan UEFA 2 Musim

Iklan

Rubin Kazan gagal FFP (Financial Fair Play). UEFA telah pun menjatuhkan hukuman berat ke atas kelab dari Rusia itu.

Siasatan sebelum ini mendapati mereka ada beban hutang yang melebihi pendapat kelab mereka.

Akibat Rubin Kazan gagal FFP, mereka akan digantung daripada menyertai pertandingan UEFA (UCL dan UEL) jika mereka layak berdasarkan ranking coefficient.

Penggantungan itu adalah untuk 2 musim bermula daripada musim hadapan (2018/19). Laporan BBC menyatakan yang UEFA sudah memberikan peluang kepada Rubin Kazan untuk menggunakan budi bicara dalam kes itu.

UEFA menawarkan polisi ‘settlement agreement’. Menerusi ‘settlement agreement’, UEFA mungkin akan mengenakan beberapa syarat khas kerana ini kesalahan pertama untuk Rubin Kazan.

Misalnya melanjutkan lagi tempoh bayaran untuk beberapa hutang ataupun mengenakan syarat khas lain.

Biasanya UEFA akan meminta kelab yang berunding ini untuk mengurangkan saiz skuad dan juga melarang terlibat daripada jendela perpindahan.

UEFA juga biasanya akan mencadangkan agar beberapa pemain perlu dilepaskan.

Namun Rubin Kazan dilaporkan gagal menepati janji untuk melakukan ‘settlement agreement’ itu.

FFP adalah satu peraturan yang menetapkan agar kelab tidak berbelanja melebihi pendapatan mereka. Rubin Kaza

Rubin Kazan gagal FFP buat pertama kali. Mereka ditubuhkan 60 tahun yang lalu. Mereka bermain di liga utama Rusia pertama kali pada 2003.

Sejak itu mereka tidak pernah tersingkir ke divisyen lebih rendah. Rubin Kazan adalah kelab yang ke-6 paling popular ataupun paling diikuti di bandar Kazan.

Mereka menjuarai Liga Rusia pada 2008 dan 2009. Ianya antara sejarah yang menaikkan populariti kelab ini di Eropah.

Boleh dikatakan mereka adalah kelab Rusia yang regular dalam kejohanan Eropah sama ada UCL ataupun UEL.

Oleh kerana Rubin Kazan gagal FFP dan mereka digantung, ianya pasti akan memberikan kesan kepada pendapatan kelab mereka.

Ini kerana hadiah wang daripada pertandingan UEFA antara sumber kewangan penting kelab mereka.

Satu langkah yang tegas daripada UEFA dalam usaha memastikan kelab tidak berbelanja melebih pendapatan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram