Ruben Neves: ‘Wonderkid’ Football Manager Yang Membawa Diri Ke English Championship

Bagi mereka yang bermain Football Manager (FM), pastinya kenal akan wonderkid ini. Jadi, tidak hairan apabila ramai yang terkejut dengan perpindahan Ruben Neves dari Porto ke Wolverhampton Wanderers (Wolves).

Mana tidaknya, Wolves hanya bermain dalam EFL Championship yang merupakan liga kedua di England dan menamatkan musim lepas hanya di tangga ke-15.

Si pemecah rekod

Ruben Neves membuat penampilan sulungnya untuk Porto di bawah kendalian Julen Lopetegui (pengurus Sepanyol sekarang) pada 15 Ogos 2014 ketika menentang Maritimo dalam perlawanan liga.

Beliau menjaringkan gol debut dan seterusnya menjadi pemain termuda dalam sejarah Porto yang berjaya menyumbat gol di dalam Primera Liga.

Beberapa hari kemudian, beliau sekali lagi memecahkan rekod apabila menjadi pemain Portugal termuda yang membuat penampilan dalam UEFA Champions League (UCL) menentang Lille.

Pada 20 Oktober 2015, beliau muncul sebagai kapten paling muda dalam sejarah UCL pada umur 18 tahun dan 221 hari menentang Maccabi Tel Aviv (rekod sebelumnya dipegang oleh Rafael Van Der Vaart).

Pada bulan Disember tahun yang sama, beliau menjadi pemain termuda yang berjaya membuat 50 penampilan untuk Porto.

Di bawah kendalian Lopetegui, Ruben Neves merupakan nama yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama.

Pada musim 2014-15, beliau membuat 37 kemunculan di dalam semua pertandingan untuk Porto.

Musim berikutnya, walaupun Porto bertukar jurulatih dari Lopetegui kepada Rui Barros dan seterusnya Jose Peseiro, Neves masih lagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan 38 kemunculan.

Namun begitu dengan kemasukan jurulatih baharu Nuno Espirito Santos pada musim 2016-17 menyebabkan Neves hanya berjaya membuat 13 penampilan.

Ini boleh dikatakan berpunca daripada perubahan dalam corak permainan Porto di bawah Nuno.

Porto lebih direct dan bergantung kepada set-pieces. Selain itu, kemunculan Danilo Pereira sebagai nombor 6 yang lebih baik juga membuatkan Neves tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Semasa perlawanan timbal balik pertama play-off UCL menentang AS Roma, Ruben Neves dilihat menangis kerana Evandro yang dimasukkan sedangkan Nuno sudah mahu membawa beliau masuk.

Dari Premiera Liga ke EFL Championship

Jadi bagaimanakah Wolves berjaya mendapatkan Ruben Neves?

Pada Julai 2016, Fosun International dari China telah mengambil alih Wolves. Sejak dari itu, Wolves telah 3 kali memecahkan rekod perpindahan mereka dengan membeli Ivan Cavaleiro (£7 juta), Helder Costa (£13 juta) dan Ruben Neves (£15 juta).

Gambar: Wolverhampton Wanderers

Terdapat satu persamaan antara ketiga-tiga pemain itu iaitu mereka dimiliki oleh Gestifute, sebuah agensi milik ejen terkenal Jorge Mendes.

Jika anda tidak mengenali Mendes, beliau merupakan ejen kepada pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, James Rodriguez, Falcao dan Angel Di Maria.

Fosun International dan Jorge Mendes mula bekerjasama apabila sebuah anak syarikat Fosun membeli saham minority di dalam Gestifute.

Jadi, Jorge Mendes mempunyai pengaruh yang besar di dalam urusan perpindahan Wolves. Buktinya, 3 pemain tersebut berpindah ke Wolves.

Hal ini tidak disenangi oleh bekas pengurus Wolves, Paul Lambert. Tetapi sejujurnya, jika bukan kerana pengaruh Jorge Mendes, mana mungkin pemain-pemain tersebut akan mahu berpindah ke Wolves.

Kesimpulannya, penulis pasti bahawa Ruben Neves akan cepat menyesuaikan diri di Molineux.

Setahun yang lepas, Ruben Neves dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Liverpool. Pada pandangan penulis, ini hanyalah sekadar batu loncatan untuk beliau berpindah ke kelab utama EPL kerana beliau mempunyai bakat yang besar.

Cuma persoalannya, adakah beliau akan berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama Wolves yang sekarang ini diuruskan oleh bekas pengurus Porto sendiri iaitu Nuno yang jarang meletakkan Neves dalam kesebelasan utama Porto dahulu?

Perkembangan Ruben Neves di Wolves merupakan suatu perkara yang menarik untuk diikuti pada musim 2017-18.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Syazwan Abu Talib. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN