RTM Penyiar Rasmi Piala Sultan Selangor 2019

Radio Televisyen Malaysia (RTM) diumumkan sebagai penyiar rasmi kejohanan bola sepak tahunan Piala Sultan Selangor 2019 dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Cek Piala Sultan Selangor (TSSC) 2019 di Istana Alam Shah semalam.

Dalam Majlis tersebut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima sumbangan penajaan bernilai kira-kira RM1.7 juta bagi perlawanan tersebut yang akan berlangsung pada 24 Ogos depan di Stadium Shah Alam.

Menurut pengerusi kejohanan Piala Sultan Selangor 2019, Tan Sri Abd Karim Munisar, baginda menerima sumbangan itu dalam bentuk cek daripada 15 syarikat GLC selain daripada kerajaan negeri Selangor.

“Terima kasih Menteri Besar Selangor yang komited dalam usaha memastikan kejayaan penganjuran Piala Sultan Selangor 2019 melalui sumbangan kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) berjumlah RM579,999.99.

“Antara GLC yang menyumbang adalah Perbendaharaan Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), KDEB Waste Management, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) Sdn Bhd.

“Terima kasih juga kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang bersetuju menjadikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Piala Sultan Selangor 2019,” katanya dalam Arena Metro

Selain itu, Kaki Jersi sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menyediakan jersi rasmi Piala Sultan Selangor selepas mereka menajanya pada tahun lalu.

FOTO: FA Selangor

Malah, peminat bola sepak yang hadir pada perlawanan itu berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah istimewa menerusi pembelian tiket berharga RM10.

Beberapa hadiah cabutan yang disediakan termasuk sebuah Honda City bernilai RM80,000; motosikal Harley Davidson 883 Iron bernilai RM80,000 dan baucer penginapan tiga hari dua malam di Hotel Marriot Kota Kinabalu.

Pada edisi tahun lepas, skuad Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 5-3 menerusi penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit permainan manakala skuad veteran Selangor menundukkan veteran Singapura 3-2, juga menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN