Rozaimie Rohim Pertahan Diri Di Instagram, Nafi Terlibat Dengan ‘Bookie’

Rozaimie Rohim yang merupakan penjaga gol Sabah telah mencipta kontroversi tempoh hari apabila dikatakan secara sengaja melepaskan 5 gol ketika aksi Liga Perdana diantara Sabah dan juga ATM di Likas.

Prestasi beliau tempoh hari menimbulkan tanda tanya ramai pihak, adakah beliau di bawah pengaruh bookie?

Tampil penjelasan

Rozaimie Rohim tampil memberikan penjelasan di laman Instagram milik beliau.

Di sana, beliau mempertahankan dirinya yang teruk dikecam ketika ini.

Beliau bagaimana pun memohon maaf kepada semua penyokong Sabah yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada pasukan dan juga kepada diri beliau.

Dalam masa yang sama, beliau juga ‘berterima kasih’ kepada laman-laman sosial yang menularkan kisah beliau.

Rozaimie menyatakan yang dirinya bukan “bangkai sangat untuk terima wang dari bookie”.

Sebaliknya, beliau sendiri mengaku yang permainan beliau sangat teruk dan “bangang” ketika menentang ATM tempoh hari.

Kredit: Rozaimie Rohim & HarimauMalaya

 

“Jangan sampai tutup periuk nasi orang.”

Rozaimie nyata kecewa dengan beberapa pihak yang dikatakan mahu menutup periuk nasi beliau dengan menyebarkan cerita ini.

Beliau juga sendiri mengaku yang beliau tidak kisah jika pihak berkuasa tampil untuk menyiasat beliau. Hal ini kerana beliau pasti beliau tidak melakukan perkara terkutuk itu.

“Hdup ini ibarat roda. Main baik orang sanjung, main teruk orang gelakkan kau.”

Kredit: Rozaimie Rohim/HarimauMalaya

Jadi penyokong Sabah, sudah tiba masa untuk beri peluang kedua kepada Rozaimie?

Baca juga: Edin Dzeko: Lain Kali Saya Akan Bagi Pemain Lain Mengambil Penalti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN