Rozaimi Abdul Rahman Mahu Bermain Di Liga Super Lepas Tinggalkan JDT

Rozaimi Abdul Rahmat JDT 2019

Bekas penyerang sensasi muda negara, Rozaimi Abdul Rahman punyai misi tersendiri selepas mengumumkan meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT), tiga hari lalu.

Beliau mahu memburu minit permainan disamping cuba menarik perhatian pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan. Sudah beberapa musim beliau terperuk di saingan Liga Premier bersama JDT II selepas gagal menempatkan diri bersama skuad utama juara tujuh kali Liga Super itu.

Sememangnya bukanlah tugasan mudah untuknya memecah masuk ke skuad utama JDT kerana walaupun mempamerkan prestasi yang baik bersama JDT II, beliau tetap tidak berada dalam perancangan skuad utama dek kerana persaingan yang sengit.

Selepas lima tahun, akhirnya pemain berusia 28 tahun memutuskan untuk mencari cabaran baharu. Tetapi, beliau tetap berterima kasih kepada JDT kerana telah memulihkan kariernya yang hampir berakhir selepas mengalami kemalangan teruk.

Pada Julai 2015, Rozaimi telah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan dijangka perlu berehat sehingga 6 bulan. beliau kemudian menyertai JDT pada Januari 2016, namun malangnya mengalami kecederaan ACL ketika dalam proses pemulihan.

Memetik kata Rozaimi di Instagramnya, “Alhamdulillah dengan fasiliti terbaik yang TMJ sediakan di JDT, saya mampu untuk meneruskan karier saya semula. Terima kasih sekali lagi Boss atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘Boss’ saya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, @hrhcrownprinceofjohor Tunku Mahkota Johor yang meletakkan kepercayaan kepada saya dari dulu lagi,” ujarnya lagi sambil turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang telah bersamanya sepanjang kariernya di sana.

https://www.instagram.com/p/CHxTOjQBDi-/

Bercakap kepada Stadium Astro, Rozaimi memaklumkan menerima empat tawaran daripada pasukan yang bersaing di Liga Super. Menurutnya, “Pasukan yang akan disertai saya itu mestilah mampu membantu saya mencari prestasi sebenar.”

“Selain mahu mendapatkan minit permainan, saya berharap dapat membantu mereka pergi lebih jauh,” tambahnya mengenai misinya bersama pasukan baharu nanti.

Menjawab kepada persoalan masih berminat untuk mewakili skuad kebangsaan, Rozaimi dipetik berkata, “Sudah lama saya tidak beraksi di peringkat antarabangsa, terpulang kepada jurulatih untuk menilainya. Tetapi saya perlu bermain dalam Liga Super barulah saya layak beraksi untuk pasukan kebangsaan. Itulah niat saya.”

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai Rozaimi Abdul Rahman dan JDT:

Rozaimi Tekad Mahu Bukti Keupayaan

Adakah JDT Sengaja Menandatangani Pemain Yang Mengalami Kecederaan?

TMJ, JDT Jadi Sumber Inspirasi Buat Kelab Indonesia Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN