Roy Keane: “Tugas Saya Adalah Pastikan Kejuaraan Milik Manchester United”

Waktu Sir Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United sememangnya adalah saat terindah buat penyokong mereka.

Gelaran liga yang tidak terkira, kejuaraan Eropah serta gelaran piala nasional memberikan belaian jiwa yang cukup hebat buat penyokong Manchester United.

Dan itu adalah sebenarnya tugas yang bukan sahaja dilakukan oleh Ferguson, malah ketua pasukannya iaitu Roy Keane.

Menurut sumber Sky Sports, bekas pemain Ireland itu mengatakan yang itu memang tugasnya iaitu memastikan kejuaraan menjadi milik Manchester United dan bukannya menjaringkan gol.

“Ianya bukannya tugas saya untuk jaringkan gol, saya serahkan kepada penyerang untuk lakukannya. Tugas saya adalah pastikan pasukan ini menang dan berjaya bawa pulang kejuaraan.”

Muncul dalam rancangan Monday Night Football terbitan stesen televisyen sukan berbayar itu, Keane juga mengatakan yang beliau sebenarnya sudah puas menjaringkan gol di awal kariernya.

“Saya banyak menjaringkan gol pada awal karier saya, dan saya rasakan cukuplah.”

“Sudah tiba masa untuk saya duduk didepan barisan pertahanan dan juga mengawal tempo permainan.”

Kata Keane, beliau lebih membiarkan pemain-pemain lain seperti Paul Scholes, David Beckham dan Ryan Giggs mara ke depan untuk menyerang.

Selain mereka, Keane juga membiarkan Dwight Yorke dan Andy Cole merobek gawang lawan untuk Manchester United.

Roy Keane memenangi tujuh gelaran Premier League sebagai pemain Manchester United.

Baca juga artikel kami mengenai Roy Keane:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram