Roy Keane Sertai Nottingham Forest – Selaku Jurulatih

Iklan

Bekas pemain Republik Ireland yang pernah menyarung jersi Manchester United, Roy Keane dilantik sebagai jurulatih Nottingham Forest.

Kembali ke City Ground

Semasa karier sebagai pemain, Keane pernah beraksi untuk Nottingham Forest. Beliau beraksi di sana dari 1990 sehingga ke 1993.

Kemudiannya, beliau berhijrah ke Manchester United. Penghijrahannya pada tahun 1993 itu telah menyaksikan rekod yuran perpindahan telah dipecahkan.

Manchester United membayar 3.75 juta Pound untuk mendapatkan khidmat Keane. Bersama Red Devils, beliau memenangi 7 kali Liga Perdana Inggeris, 4 kali Piala FA dan 1 Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau pernah berkelana seketika ke Celtic dan memenangi Liga Perdana Scotland pada musim 2005/06.

Berganding kembali

Gandingan dua sahabat setia? Sumber: The Independent.

Bos Forest yang baru dilantik, Martin O’Neill mengajak Keane menyertai beliau di City Ground. Malah, O’Neill secara terbuka ingin membawa Keane menjadi staf kejurulatihan kelab.

Keane menyatakan beliau mempunyai banyak memori di kelab Nottinghamshire ini. Meskipun sibuk, Keane juga sempat menonton perlawanan melibatkan Nottingham Forest.

Sebelum ini, Martin O’Neill dan Roy Keane pernah bekerjasama dalam skuad kebangsaan Republik Ireland. Gandingan mereka berdua ini telah menempa ukiran dalam kalangan penyokong Republik Ireland

Mereka membimbing Republik Ireland mara ke Euro 2016. Namun, kempen mereka tamat apabila tewas pada pusingan 16 terbaik kejohanan itu kepada tuan rumah, Perancis.

Dah biasa

Nottingham Forest beraksi dalam saingan EFL Championship musim ini. Malah, Keane pernah menjadi pengurus Ipswich Town.

Pada waktu itu, Ipswich beraksi dalam EFL Championship. Keane menerima tumpuan apabila berjaya membimbing Sunderland dari tahun 2006 hingga 2008.

Forest, juara Eropah dua kali kini berada tangga ke-9 EFL Championship. Daripada 29 perlawanan dihadapi setakat ini, mereka mengutip 42 mata, hasil daripada 10 perlawanan dan 12 seri.

Adakah gandingan O’Neill – Keane mampu mengembalikan Nottingham Forest ke saingan Liga Perdana Inggeris?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram