Roy Hodgson Dijangka Pecah Rekod Sebagai Pengurus Tertua Dalam Sejarah Liga Inggeris

Roy Hodgson, pengurus berbangsa Inggeris dijangka akan memecahkan rekod selaku pengurus paling berumur dalam sejarah liga bola sepak Inggeris.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Sir Bobby Robson yang menjadi pengurus Newcastle United pada umur 71 tahun dan 192 hari.

Beliau akan berumur pada 71 tahun dan 198 hari semasa perlawanan antara Crystal Palace menentang Leicester pada Sabtu ini.

Mula sebelum 30an

Roy Hodgson dilahirkan pada 9 Ogos 1947 di London. Beliau diberikan tanggungjawab selaku pengurus buat kali pertama di Sweden.

Pada ketika itu kelab Sweden tersebut, Halmstad melantiknya pada tahun 1976 sewaktu berumur 29 tahun. Beliau kekal di kelab itu sehingga tahun 1980.

Hodgson pernah mengendalikan 22 pasukan sama ada kelab atau antarabangsa. Beliau pernah menjadi pengurus untuk beberapa pasukan kebangsaan antaranya Switzerland, Emiriah Arab Bersatu, Finland dan England.

Sewaktu menguruskan England, beliau membimbing Three Lions layak ke Euro 2012. Pada kejohanan itu juga, England mara ke suku akhir sebelum tewas kepada Itali.

Menariknya, England menduduki tangga ketiga ranking FIFA, paling tinggi dalam sejarah sejak ia diperkenalkan pada awal 1990-an.

CV domestik
HAMBURG, GERMANY – MAY 12: Head coach Roy Hodgson (C) of Fulham issues instructions to his players during the UEFA Europa League final match between Atletico Madrid and Fulham. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Kelab Inggeris pertama diuruskan Hodgson ialah Bristol City. Namun tumpuan ramai mula terarah kepadanya sejak menjadi pengurus Blackburn Rovers pada pertengahan 1990-an.

Tetapi, namanya mula dikenali semula setelah berjaya membimbing Fulham kekal di Liga Perdana Inggeris untuk beberapa musim dari 2007 sehingga 2010.

Menariknya, beliau merupakan pengurus The Cottagers yang mara sehingga ke final Liga Europa 2010 sebelum tewas kepada Atletico Madrid.

Beliau pernah juga menjadi pengurus di Liverpool dan West Bromwich Albion.

Komen rakan sejawat

Pengurus Leicester City, Claude Puel mengakui beliau meminati pengurus legenda ini. Beliau memberitahu perkara ini sewaktu temuramah dengan Talksport.

Puel juga memberitahu beliau tidak tahu adakah beliau akan menguruskan kelab pada usia sebaya Roy Hodgson.

Puel juga mengucapkan tahniah kepada pengurus berbangsa Inggeris itu dan memuji keberanian Hodgson menjadi pengurus di pelbagai negara.

Roy Hodgson semasa menjadi pengurus Inter Milan. Sumber: The Telegraph.

Hodgson juga pernah menguruskan kelab seperti Malmo (Sweden), Neuchatel Xamax (Switzerland), Inter Milan (Itali) dan Copenhagen (Denmark).

Tahniah daripada kami, Roy Hodgson!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN