Ross Barkley: Frank Lampard Mahu Saya Mengambil Lebih Risiko Ketika Beraksi

Barkley

Pengurus Chelsea, Frank Lampard mahu pemain tengah, Ross Barkley mengambil lebih risiko dengan memainkan peranan lebih keatas dan menjaringkan banyak gol dan mencipta bantuan jaringan buat pasukan.

Ia kelihatan Lampard mahu ‘mengubah’ Barkley seperti dirinya sewaktu beraksi satu ketika dahulu yang menyaksikan beliau menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Chelsea.

Dengan ketiadaan Eden Hazard yang mengorak langkah ke Real Madrid, Lampard dalam proses mencari mekanisme terbaru untuk mencari peledak bagi membantu pasukan.

Barkley juga kini sedang berada pada prestasi memberangsangkan apabila berjaya menjaringkan dua gol pada dua perlawanan terakhir pra-musim Chelsea iaitu ketika bertemu Barcelona dan Reading.

”Dia (Frank Lampard) mengatakan bahawa ‘tunjukkan diri kamu diatas padang, ambil risiko, jangan main terlalu selamat, lakukan rembatan, cuba untuk mencipta peluang’.”

”Ia sesuatu yang saya boleh lakukan dan itulah yang ditetapkannya kepada saya sewaktu sesi latihan dan perlawanan pra-musim.”

”Saya telah melihat apa yang dia mampu lakukan sebagai pemain apabila saya beraksi bersamanya dalam skuad England beberapa tahun lalu.”

”Dia telah membawa etika kerja sebagai seorang pemain kepada karier pengurusannya – kami sangat bekerja keras.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN