Rooney Kritik Profesionalisme Depay, Ini Balasan Balas Pemain Itu

Wayne Rooney berkongsi cerita bagaimana beliau terpaksa lepas tangan untuk menasihatkan Memphis Depay ketika di Man. United.

Sebagai kapten dan pemain senior, sudah pastinya Rooney mahu menjadi mentor kepada para pemain muda.

Depay sendiri oernah mengakui Rooney banyak membantunya ketika di Man. United.

Rooney awalnya berharap akan dapat membantu pemain itu menjadi lebih matang.

Ada satu insiden di mana Louis Van Gaal mengarahkan Depay bermain untuk pasukan simpanan Man. United.

Rooney pergi kepada Depay dan mahu memberikan kata-kata semangat supaya pemain itu tak berkecil hati. Rooney juga menasihatkan Depay untuk tidak menunjuk-nunjuk ketika bercampur dengan pemain remaja.

“Memphis? Dia bermain dalam perlawanan menentang Stoke dan merosakan peluang gol. Jadi Louis Van Gaal mengarahkan dia bermain dengan pasukan simpanan hari keesokannya.”

“Saya berkata kepadanya, ‘dengar sini, ianya akan menjadi sedikit sukar untuk kamu. Kamu datang ke sana tanpa menunjukkan barang-barang kamu yang fancy’.”

“Dia datang ke perlawanan pasukan simpanan dengan Rolls-Royce miliknya, menggunakan jaket kulit dan topi koboi.”

“Dan saya berkata dalam hati, apa tujuan semua ini?”

Sebagai tambahan di Man. United, pasukan simpanan terutama sekali pemain remaja mereka ditegah untuk menunjuk-nunjuk dan berimej ‘fancy’.

Pada era Sir Alex Ferguson pasukan simpanan ini hanya boleh memakai kasut hitam sahaja.

Sejak daripada peristiwa itu itu, Rooney menyatakan beliau tak kuasa untuk menasihatkan Depay lagi.

Namun begitu Rooney menganggap Depay seorang yang baik dan Rooney tumpang gembira pemain itu kembali kepada prestasi terbaik beliau.

Depay juga menjadi pemain penting untuk pasukan negaranya.

Depay berpindah ke Lyon pada Januari 2017 dan berjaya mendapatkan semula ‘form’ beliau. Beliau menyertai Man. United pada 2015 dengan nilai £31 daripada PSV Eindhoven. Ketika itu banyak lagi kelab besar mahukan beliau.

Dalam muat naik hantaran di instagram beliau, Memphis Depay menyindir Wayne Rooney. Beliau meletakkan kapsyen seolah-olah Rooney berbisik kepadanya mahu meminjam jaket kulit beliau.

“Wayne: Mem (Memphis).. boleh saya pinjam jaket kulit merah kamu untuk malam ini?”

Beliau menyertakan emoji syaitan dengan tanda pagar “#ithoughtwewerepastthat.” (ingatkan kita dah lupakannya).

Jelas sekali Memphis Depay ketika itu dahulu tahu yang Rooney kecewa dengan perbuatan beliau ataupun sengaja memakai pakaian fancy dengan kereta mewah untuk protes kepada Rooney dan Louis Van Gaal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN