Rooney Seronok Tengok Man. City, Harap Mourinho Beri Pogba Peranan Box-To-Box

Wayne Rooney ada pandangan beliau tersendiri tentang Paul Pogba. Pada pandangan bekas kapten Manchester United ini, Paul Pogba adalah tipikal pemain tengah kotak-ke-kotak yang klasik.

Paul Pogba kera diturunkan sebagai pemain pivot kembar bersama Matic oleh Jose Mourinho dan ia menghalang pemain itu untuk lebih banyak bergerak di dalam padang.

“Bagi saya, Paul Pogba adalah pemain box-to-box yang klasik. Beliau boleh melakukan apa sahaja dengan baik.”

“Jika anda berikan dia kebebasan, beliau akan memberikan impak yang besar serta tidak perlu berfikir tentang bebanan untuk bertahan.”

“Di Juventus belia ada Pirlo yang bermain di samping beliau dan seorag pemain tengah lagi.”

“Di Manchester United beliau digandingkan dengan Matic, dan saya rasa jika ada seorang lagi pemain tengah dalam sistem tengah bertiga, rasanya, United akan mendapatkan yang terbaik daripada beliau.”

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 02: Paul Pogba of Manchester United stamps on Hector Bellerin of Arsenal and is later sent off for the challenge during the Premier League match between Arsenal and Manchester United at Emirates Stadium on December 2, 2017 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Bercakap tentang pasukan yang beliau suka tonton, Rooney memilih Manchester City. Bagi Rooney, jika anda tidak suka melihat bola sepak gaya Guardiola di City, anda bukan peminat bola sepak.

Rooney juga berpendapat yang City akan menjadi pasukan yang harus dikejar semua pasukan lain di EPL musim ini dan juga musim hadapan. Ini kerana Guardiola sudah membentuk pasukan yang stabil untuk kegunaan beberapa musim.

“Saya tak suka untuk menyebut ayat ini (sebagai bekas pemain United), namun jika anda tak terhibur melihat mereka bermain, anda adalah seorang yang memang tidak akan seronok menonton bola sepak.”

“Saya suka melihat gerakan mereka, keyakinan bila dengan bola, dan juga peranan penjaga gol mereka, Ederson. Buat masa ini, mereka bermain bola sepak yang hampir sempurna.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN