Ronaldo Tak Akan Beri Gelaran Premier League Kepada Man United

Kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke Manchester United menggegarkan dunia bola sepak.

Penyokong The Red Devils begitu gembira wira mereka kembali ke Old Trafford dalam misi untuk Ole Gunnar Solskjaer mencari kejuaraan pertama beliau bersama pasukan itu.

‘Tolong Cakap Yang Awak Menipu’ – Ferdinand Beri Amaran Supaya Ronaldo Tidak Ke Man City

Ia memberikan keterujaan ditambah pula dengan ketibaan nama-nama besar seperti Jadon Sancho dan Raphael Varane.

Namun begitu, kepulangan Ronaldo ke United tidak akan mampu memberikan gelaran Premier League buat kelab itu sejak kali terakhir dimenangi pada 2013.

Itulah yang dirasakan oleh penganalisis Sky Sports, Paul Merson terhadap persoalan adakah ianya berbaloi untuk membawa pulang Ronaldo semua ke United.

“Adakah beliau akan menangkan Premier League untuk United? Saya rasa tidak.”

“Pada saya, prestasi beliau hanyalah 50% sahaja berbanding ketika beliau di puncak prestasi.”

“Beliau pastinya akan bermain sebagai penyerang yang dimana Edinson Cavani juga bermain disitu. Pada saya, musim ini adalah begitu penting untuk Ronaldo [buktikan kebolehannya].”

Pada hemat Merson, Ronaldo tidak mampu untuk menawarkan lebih daripada satu musim sahaja kerana pada February 2022 beliau akan berusia 37 tahun.

“Februari depan beliau akan berusia 37 tahun, macam mana anda pastikan diri anda cergas pun kualiti di Premier League adalah amat tinggi.”

“Penyokong pula melihat beliau sebagai pemain yang tidak mampu dicabar, tetapi di dalam Premier League semuanya boleh berlaku.”

Merson mengatakan adalah lebih baik untuk United mendapatkan Harry Kane yang lebih muda dan boleh menawarkan lebih lagi berbanding Ronaldo.

“Kenapa tak nak dapatkan Harry Kane? Beliau masih boleh berikan yang terbaik untuk tempoh empat tahun lagi.”

Paul Merson merupakan bekas pemain Arsenal dari tahun 1985 hingga 1997.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply