Ronaldo Harap Juventus Bawa Masuk Rakan Baiknya, Marcelo

Keakraban Cristiano Ronaldo dengan pemain pertahanan, Marcelo menyaksikan pemain berasal dari Portugal itu meminta kelab baharunya membawa bintang Real Madrid tersebut ke Juventus.

Ronaldo baru sahaja melengkapkan perpindahan bernilai 99 juta pound (RM528.11 juta) ke Old Lady apabila memutuskan untuk meninggalkan Real selepas sembilan tahun di Bernabeu.

Bintang Portugal itu meme­gang pelbagai rekod di Madrid tetapi kontrak empat tahun bersama Juventus menyaksikan dia bersedia untuk terus menjadi pemain terbaik untuk beberapa tahun akan datang.

Ronaldo dan Marcelo merupakan rakan karib sepanjang kedua-dua pemain itu berada di ibu negara Sepanyol itu.

Menurut laporan akhbar Sport di Sepanyol, Ronaldo memberitahu Juventus untuk mendapatkan Marcelo pada hari dia menyertai kelab itu.

Pada masa sama, Marcelo juga memperkuatkan lagi spekulasi perpindahan itu dengan menyatakan dia akan menyertai Juventus.

“Kita akan bersama semula tidak lama lagi,” kata Marcelo selepas Real mengesahkan perpindahan pemain Portugal itu.

https://twitter.com/NivishaK/status/1017374768050462721

Pemain Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab termasuk Manchester United dan Paris Saint-Germain.

Bagaimanapun, Marcelo kembali ke padang latihan Real minggu ini untuk bertemu pengendali baharu mereka, Julen Lopetegui yang menggantikan Zinedine Zidane setelah legenda Perancis itu meninggalkan Santiago Bernabue selepas tiga musim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN