Ronaldo Di-boo Penyokong Sendiri, Casillas Tampil Pertahankan Bekas Rakan Sepasukan

Ronaldo di-boo oleh boo boys di Real Madrid semasa perlawanan menentang Real Sociedad. Ini bukanlah yang pertama kali berlaku kepada beliau dan ramai pemain-pemain lain.

Antara yang berlaku sebelum yang ini adalah ketika perlawanan menentang Malaga. Ronaldo di-boo melakukan banyak gerakan dan hantaran yang tidak menjadi.

Sergio Ramos menjaringkan 2 gol awal separuh masa pertama. Namun bersambung babak kedua, Malaga merapatkan kedudukan.

Ketika sedang mencari gol ketiga untuk membunuh perlawanan, Ronaldo menjadi sasaran untuk diboo dari beberapa seksyen penyokong di Santiago Bernabeu.

Ia bukan sahaja di stadium malah di media sosial juga ramai penyokong yang menghentam Ronaldo dengan teruk dan ada yang mempertikaikan, layakkan beliau menerima gaji £365 seminggu?

Mereka lupa agaknya yang Ronaldo menolak tawaran £1.7 juta seminggu dari China.

Antara yang pernah merasainya adalah Iker Casillas. Casillas sangat faham akan rasa mendengar penyokong sendiri mengejek dengan bunyi boo.

Dalam perlawanan terbaru Real Madrid yang menang 3-0 ke atas Real Sociedad, kaki boo ini masih membuat perangai yang sama dan mensasarkan Cristiano Ronaldo sekali lagi. Ya! Ronaldo yang nombor 7 Real Madrid tu!

Ianya semakin panas apabila Ronaldo memberikan reaksi kepada seksyen yang mengejek beliau. Beliau dilihat menuturkan bahasa kesat dalam footage video iaitu ‘s** of b***h

Bekas pemain Real Madrid, Hugo Sanchez berkata:

“Ronaldo sepatutnya menggigit lidah beliau ketika mendengar ejekan tersebut. Amat penting menjaga hubungan dengan penyokong.”

“Saya pernah konfrontasi penyokong di Nou Camp, tetapi di Bernabeu tidak pernah sama sekali.”

Iker Casillas pertahan Ronaldo

Iker Casillas tampil mengkritik sikap kaki boo ini selepas sekali lagi mengejek Ronaldo ketika perlawanan kemenangan menentang Real Sociedad.

Bercakap kepada Onda Cero, Casillas berkata:

“Sebagai Madridista, kadang-kadang kita tidak faham mengapa ia boleh berlaku. Enam bulan lalu Madrid adalah juara Eropah, sebulan yang lalu pula mereka adalah juara dunia.”

“Beliau baru sahaja memenangi trofi sebagai pemain terbaik di dunia. Saya masih ingat, pada tahun lepas, ketika detik sukar masa, mereka mengakhiri musim mereka di awangan dengan menjuarai UCL.”

“Jika beliau menjaringkan 2 atau 3 gol dalam satu perlawanan, mereka akan berkata, itu memang tugas dia.”

“Ianya tidak masuk akal.”

Diharap kaki boo ini sedar bahawa Cristiano Ronaldo adalah pemain yang telah menjaringkan 382 gol daripada 370 penampilan beliau bersama Los Blancos.

Beliau juga telah memenangi 4 Ballon d’Or serta membantu Madrid memenangi La Decima, Piala UCL ke-10 dan kemudian ke-11 dalam sejarah kelab mereka.

Namun begitu, dalam kenyataan media terbaru, Zinedine Zidane menyatakan beliau tidak rasa bunyi ejekan itu dari penyokong Real Madrid.

Baca juga: PSG Benar Serius Rasakan Jese Adalah ‘Fraud’, Dipinjam Ke Las Palmas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN