Ronaldo Bangga Dengan Penghargaan Kerajaan, Namun Tugu Beliau Mencuri Tumpuan

Bintang Real Madrid dan Portugal Cristiano Ronaldo telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis pertukaran nama baru untuk Lapangan Terbang Madeira.

Lapangan terbang tersebut telah dinamakan dengan Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo.

Pemain Portugal ini pastinya terkejut dengan replika wajah beliau ketika upacara tersebut. Ia telah mencuri tumpuan media dan netizen ketika majlis tersebut.

Ini bukan kali pertama tugu Ronaldo dihasilkan dengan teruk di Portugal. Sebelum ini pun dah ada.

Kami berharap pakar yang membuat tugu di England atau Chile mengambil alih kerja-kerja ini kelak.

Ini kerana, kerajaan sudah berkira-kira untuk membina tugu khas untuk Ronaldo.

Upacara ini memang agak tidak terurus. Mereka mulakan dengan kemunculan batman yang langsung tidak ada kaitan dengan acara dan juga Ronaldo.

Ramai ahli politik tempatan membantah langkah kerajaan ini. Namun Presiden Portugal, Miguel Albuquerque menyatakan Ronaldo berhak diberikan penghargaan sebesar ini.

Beliau juga berkata, perancangan ini sudah lama dan mereka pernah usulkan sejak awal tahun 2016 lagi. Ketika itu, ramai yang bersetuju dengan cadangan awal.

Ronaldo menjadi simbol dan sumber inspirasi bagaimana seorang anak kecil yang hidup susah menjadi bintang dunia yang kaya raya.

Berbalik kepada upacara ini, Ronaldo rasa berbangga kerana penghormatan tersebut. Sebelum ini di Madeira sudah ada Muzium Ronaldo, dan Hotel Ronaldo.

Tidak lama lagi, bandar ini juga akan dibina tugu Ronaldo. Mungkin suatu hari nanti, bandar Madeira ditukar nama kepada Ronaldo? Siapa tahun kan.

Ronaldo berkata:

“Terima kasih di atas penghormatan ini. Melihat nama saya terpampang pada lapangan terbang, adalah sesuatu yang istimewa.”

“Semua orang tahu saya sangat berbangga dengan negara saya terutama sekali bandar kelahiran saya.”

“Terima kasih banyak-banyak kepada Presiden, Miguel Albuquerque kerana usaha beliau.”

“Kepada rakan semua, saya tidak pernah minta pun perkara sebegini. Tetapi saya tak nak hipokrit, saya gembira dan berbangga.”

“Saya tahu ada beberapa orang tidak setuju dengan ini, ada sesetengah pula tidak gembira kerana tidak berada di sini untuk meraikan detik ini.”

Baca juga: Lapangan Terbang Di Portugal Akan Dinamakan Sebagai Cristiano Ronaldo Airport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram