Statistik: Ronaldo Pecah Rekod Lagi, Catat 100 Gol Dalam Pertandingan Kelab UEFA

Rekod Ronaldo di Eropah terus cemerlang, bukan sahaja di peringkat liga domestik, ataupun antarabangsa sahaja, malah di peringkat kelab UEFA pun beliau cemerlang.

Cristiano Ronaldo mengakhiri kemarau 11 jam tanpa gol di UCL dengan cara yang penuh signifikan.

Beliau berjaya menjaringkan 2 gol penting untuk Real Madrid dalam perlawanan yang pada separuh masa pertama milik Bayern Munich.

Ronaldo bermain sebagai no.9 di dalam sistem 4-4-2 dalam perlawanan ini. Jaringan pertama Ronaldo adalah hasil hantaran silang Carvajal yang dengan tenang disudahkan Ronaldo.

Ianya hanya selepas 90 saat separuh masa kedua berlangsung. Pada minit ke-77, Ronaldo menerima hantaran diagonal Asensio.

Ronaldo melakukan cubaan terus dan menewaskan Manuel Neuer. Kemenangan ini sekaligus mencerahkan peluang Real Madrid untuk mara ke separuh akhir sekali lagi dalam kejohanan ini.

Real Madrid adalah juara bertahan UCL selepas memenanginya untuk kali ke-11 pada musim lalu.

Rekod  Cristiano Ronaldo

2 gol dalam perlawanan ini,  menjadikan rekod beliau ke atas Bayern Munich adalah 6 gol daripada 5 perlawanan menentang gergasi Jerman tersebut.

Nampaknya, Bayern Munich adalah lawan yang digemari oleh Ronaldo.

Selain daripada menjaringkan 2 gol penting, bintang Real Madrid  ini juga menjadi pemain pertama yang menjaringkan 100 gol dalam pertandingan peringkat kelab anjuran UEFA.

Gol ini merangkumi jaringan di semua pertandingan UEFA , kelayakan dan Piala Super Eropah.

Secara pecahannya, Ronaldo menjaringkan 97 gol dalam UCL, 1 gol dalam kelayakan UCL dan 2 gol dalam Piala Super Eropah.

Buat masa ini, beliau satu-satunya pemain yang sudah mencecah angka 100 gol ini. 

Namun Lionel Messi juga hanya dijarakkan 3 daripada 100 gol ini. Berikut adalah senarai 10 penjaring terbanyak dalam pertandingan kelab UEFA.

1. Cristiano Ronaldo – 100
2. Lionel Messi – 97
3. Raul Gonzalez – 77
4. Filippo Inzaghi – 70
5. Andriy Shevchenko – 67
6. Gerd Muller – 62
7. Ruud van Nistelrooy – 62
8. Henrik Larsson – 59
9. Thierry Henry – 59
10. Eusebio – 56

Baca juga: Highlight: Bayern Munich 1 Real Madrid 2, Ronaldo Bantu Real Bangkit

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN