Lukaku Mahu Rakan Sepasukan Hadapi Kritikan Oleh Mourinho Dengan Matang

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku berkata rakan sepasukan beliau di kelab Manchester itu harus berhadapan dengan kritikan oleh Jose Mourinho dengan matang.

Umum mengetahui Mourinho adalah pengurus yang tidak pernah berselindung ketika mengkritik prestasi pemain di bawah kendalian beliau. Paul Pugba, Alexis Sanchez, dan Luke Shaw adalah antara pemain-pemain yang pernah menerima kritikan pedas secara terbuka dari pengendali dari Portugal itu.

(Photo by Getty Images)
Episod perseteruan pemain-Mourinho

Pogba sebelum ini dilihat berkonfrontasi dengan Mourinho di dalam sesi latihan pada September lalu – selepas pemain antarabangsa Perancis itu dilucutkan dari peranan kapten pasukan.

Antonio Valencia juga tidak diturunkan beraksi sehingga ke hari ini walaupun beraksi untuk negaranya untuk tugasan antarabangsa. Pemain antarabangsa Ecuador itu terpaksa melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada Mourinho selepas dikatakan tidak sengaja menyokong satu muat naik di Instagram yang menyokong Mourinho untuk dipecat.

Lukaku sendiri tidak lari dari kritikan bekas pengendali Real Madrid dan Inter Milan itu apabila sekadar memanaskan bangku pemain simpanan dalam beberapa perlawanan lalu – termasuk ketika menang 2-1 ke atas Everton pada bulan lalu.

Jadi matang dan terima kritikan

Enggan mengkritik tindakan pengurus beliau itu, Lukaku sebaliknya berkata Mourinho masih lagi adalah watak yang amat dihormati oleh pemain di bilik persalinan Manchester United.

Malah pemain antarabangsa Belgium itu berpendapat semua pihak sepatutnya menerima kritikan oleh Mourinho dengan matang.

“Mourinho masih mempunyai hubungan baik dengan pemain,” ujar Lukaku kepada Bleacher Report.

“Jujurnya, saya tidak pernah peduli mengenai hubungan pengurus dengan pemain lain. Ia bukan perkara yang akan memberi kesan kepada saya.

“Jika anda dikritik dan tidak bersetuju dengan pendapat Mourinho, anda harus menerimanya. Anda bukan lagi kanak-kanak. Pemain harus matang untuk mengendalikan kritikan,” jelas Lukaku.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram