Rombakan ‘Kejam’ Andrea Pirlo, Higuain & Khedira Ditamatkan Kontrak

Gonzalo Higuain Sami Khedira Juventus Pirlo

Selepas Blaise Matuidi terpaksa mengemas begnya untuk ke saingan MLS, kini giliran Gonzalo Higuain dan Sami Khedira pula dibuang Andrea Pirlo daripada Juventus.

Andrea Pirlo secara mengejut telah menggantikan Maurizio Sarri selepas pengendali berpengalaman itu dipecat pengurusan Juventus susulan kegagalan mereka di saingan Champion League, tumbang kepada semifinalis, Lyon di pusingan 16 terbaik.

Kontrak masih berbaki setahun

Pirlo dilihat giat membuat revolusi baharu bersama Juventus selepas melepaskan pemain tengah berusia 33 tahun, Matuidi ke Inter Miami secara percuma.

Kenapa ianya dikatakan kejam? Kedua-dua pemain – Higuain dan Khedira masih berbaki setahun kontrak bersama The Old Lady dan tindakan drastik Pirlo membuang mereka menandakan yang Juventus perlu bersedia untuk membayar pampasan.

Menurut Fabrizio Romano, kedua-dua pemain tersebut tampaknya tidak berada dalam perancangan Pirlo untuk saingan musim depan dan ketika ini perbincangan mengenai pampasan untuk baki kontrak setahun mereka sedang diuruskan Juventus.

Kedua-dua bekas pemain Real Madrid itu dilihat akan mengurangkan sedikit beban bayaran gaji mereka bersama Juventus dengan Higuain dikhabarkan menerima sekitar £6.7 juta setahun sementara Khedira pula £5.4 juta setahun – dilaporkan Marca.

Sasaran buat Pirlo punca keputusan drastik

Higuain gagal memberi imej positif kepada pengendali baharunya itu apabila hanya meledak lapan gol keseluruhan pada saingan liga musim ini. Ia tidak memberi ‘nyawa’ tambahan buatnya dan mungkin Pirlo merasakan perubahan perlu dibuat.

Sementara pemain tengah berusia 33 tahun, Khedira pula lebih banyak menghabiskan musim lalu di bangku simpanan apabila hanya tampil dalam 12 perlawanan buat Juventus. Itu merupakan satu kerugian yang sangat jelas kepada Juventus.

Pirlo diletakkan dalam satu posisi di mana beliau perlu melepasi apa yang telah digapai oleh pengendali sebelum ini iaitu Sarri dan Max Allegri dan tindakannya melepaskan tiga pemain ini mungkin adalah kesan kepada sasaran tersebut.

Pengendali yang juga merupakan lagenda kelab tersebut mahukan pemain yang lebih segar dan mempunyai nilai walaupun ada pihak yang mengaitkan tindakan tersebut adalah disebabkan kedua-dua pemain tersebut datang daripada Real Madrid.

Penutup

Adakah tindakan drastik sebegini masih releven buat kelab seperti Juventus di saat pasca pandemik COVID-19 kini? Dikhabarkan Huguain dan Khedira – kedua-duanya kurang bersetuju dengan tindakan pengendali baharu mereka itu.

Begitupun, daripada terus menyimpan pemain yang ‘tidak berguna’ dan tidak akan digunakan untuk saingan musim hadapan dilihat lebih berisiko. Tanpa perlu berfikir panjang, Pirlo telah melepaskan tiga pemain dalam tempoh seminggu.

KREDIT FEATURED IMAGE: David Ramos/Getty Images

Baca lagi artikel mengenai Juventus:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN