Roma Salur Sumbangan Kemudahan ICU Kepada Hospital Di Itali

Kelab Serie A, Roma akan menyerahkan kemudahan untuk kegunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di bandar Rom.

Sumbangan tersebut dilakkan oleh kelab tersebut setelah keadaan kesihatan di Itali semakin teruk akibat krisis coronavirus.

Tiga unit alat bantuan pernafasan dan lapan katil untuk pesakit adalah antara kemudahan yang akan diserahkan dalam masa terdekat.

Sumbangan tersebut adalah hasil inisiatif pemain skuad utaa dan juga jurulatih pasukan yang masing-masing menderma gaji sehari.

Sumbangan pemain dan jurulatih menjadikan sumbangan keseluruhan kutipan derma tersebut berjumlah £424,000.

Kematian akubat wabak coronavirus di Itali kini telah mencedah 4,032 kematian. Jumlah tersebut telah mengatasi angka kematian di China sebagai negara paling teruk terkesan akibat wabak tersebut sebelum ini.

Kes yang telah disahkan telah meningkat sebanyak 627 kes sehari dan secara keseluruhan kini Itali merekodkan 47,201 kes.

Pada Selasa, Roma telah mengedarkan 13,000 topeng muka dan 120 botol pembersih tangan kepada hospital dan seluruh bandar Rom.

Manakala pada Khamis, kelab tersebut turut menghulurkan bantuan 8,000 pasang sarung tangan beserta 2,000 botol pencuci tangan kepada gereja dan beberapa wilayah utama lain di Rom untuk diedarkan kepada komuniti setempat.

Sehingga kini wabak coronavirus telah menyebabkan lebih 6,000 kematian di seluruh dunia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram