Rochdale Terpaksa Baiki Padang Terlebih Dahulu Sebelum Aksi Piala FA Bertemu Tottenham Hotspur

Padang

Tottenham Hotspur bakal bertandang ke Rochdale untuk perlawanan Piala FA pada Ahad. Namun, pengurus mereka, Mauricio Pochettino telah mengkritik keadaan padang kelab tersebut.

Kritikan itu telah menjadi tumpuan. Malah, pengurus Spurs itu tidak keseorangan sebenarnya. Kerana penyokong Rochdale sendiri turut mengkritik keadaan padang yang agak berpasir.

Mauricio Pochettino sendiri melihat gambar padang Crown Oil Arena yang teruk. Gambar itu ditunjukkan oleh pegawai Spurs sendiri.

Baiki

Keadaan padang Crown Oil yang dikritik. Sumber: Rochdale Online.

Kelab kerdil di Manchester itu dengan segera membaiki padang mereka. Kos padang itu dikatakan hampir sejuta pound sterling.

Malah, Rochdale sendiri mendapat kebenaran untuk menangguhkan perlawanan menentang Fleetwood. Ya, untuk membaiki padang mereka itu sebenarnya.

Namun begitu, pengurus Spurs itu telah memohon maaf di atas kritikan tersebut. Beliau sebenarnya prihatin dengan keadaan tersebut. Barangkali pemain Rochdale juga boleh cedera kerana keadaan padang yang sedemikian.

Perlawanan itu juga nanti akan disiarkan di seluruh dunia. Sudah pastilah ia akan memalukan kelab itu sendiri juga. Terkena tempias nanti ialah FA England juga!

Tumpuan kedua

Pemain termuda dalam sejarah Rochdale, Daniel Adshead. Sumber: Rochdale FC.

Perlawanan antara kelab kerdil tersebut menentang Spurs ini turut mempunyai tumpuan kedua yang menarik perhatian. Salah seorang pemain Rochdale merupakan timbalan ketua pelajar di sekolahnya.

Pemain tersebut, Daniel Adshead bakal beraksi dalam perlawanan tersebut. Umurnya baru menjangkau 16 tahun. Malah, beliau menjadi pemain paling muda menyarung untuk skuad senior Rochdale.

Rakan sepasukannya, Jim McNulty menceritakan bahawa Daniel mencuri masa menyiapkan kerja sekolah di dalam bas. Malah, guru besar sekolah Daniel mengharapkan pemain itu hadir ke sekolah selepas perlawanan menentang Spurs.

Perlawanan ini telah menarik minat ramai penyokong pasukan tuan rumah untuk hadir. Difahamkan tiket untuk perlawanan itu sudah pun habis dijual. Mereka telah beratur panjang untuk perlawanan tumpuan dalam saingan Piala FA ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN