Andrew Robertson: Jika Liverpool Gagal Memenangi EPL, Kami Akan Cuba Lagi Pada Musim Hadapan

Robertson

Pertahanan Liverpool – Andrew Robertson berkata, jika musim ini mereka gagal menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL), maka mereka tidak akan berputus asa untuk terus memburu kejuaraan itu pada musim hadapan.

Liverpool masih berpeluang menamatkan penantian 29 tahun menjulang trofi EPL pada musim ini apabila sedang mendahului kedudukan ditempat pertama dengan mengumpul 94 mata dari 37 perlawanan.

Sementara pesaing terdekat, Manchester City yang kekurangan satu perlawanan, mengumpul 92 mata.

The Cityzens masih berpeluang untuk memintas kedudukan Liverpool dan menjuarai kejuaraan dengan kelebihan satu mata dihadapan, sekiranya kelab itu berjaya meraih kemenangan dalam perlawanan bertemu Leicester City dan Brighton & Hove Albion.

Tetap Bangga

Liverpool hampir dikecewakan di St James’ Park apabila Newcastle United berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada separuh masa kedua sebelum Divock Origi menjadi wira penyelamat menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir permainan.

Liverpool akan melayani kunjungan pasukan ditempat ke-7, Wolverhampton dan perlawanan tersebut akan menjadi penentu ‘juara’ bagi Liverpool musim ini.

Bagaimanapun, sekiranya The Reds gagal meraih keputusan positif pada perlawanan tersebut, Robertson mengaku, beliau dan rakan sepasukan tidak akan rasa kecewa, sebaliknya bangga dengan pencapaian mereka pada musim ini.

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – MAY 04: Virgil van Dijk of Liverpool celebrates with teammates after scoring his team’s first goal during the Premier League match between Newcastle United and Liverpool FC at St. James Park on May 04, 2019 in Newcastle upon Tyne, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Berapa kali kita [Liverpool] melakukannya? Berapa kali kita telah disingkirkan dari pemburuan gelaran liga dan orang ramai mengatakan ‘OK’, ini bukan perjuangan kita atau apa-apa pun?’,” kata Robertson dalam temubual yang dimuatnaik menerusi laman rasmi Liverpoolfc.

“Kami terus mencetak gol. Saya tidak boleh menjelaskannya. Tetapi jika kami tidak melakukannya minggu depan dan City dinobatkan sebagai juara, kami tetap bangga dengan apa yang telah kami lakukan. Jadi kami ada di sana, kami tetap bersama dan mudah-mudahan kami mendapatkan 97 mata ini.”

SOUTHAMPTON, ENGLAND – APRIL 05: Mohamed Salah of Liverpool celebrates with team mates Roberto Firmino of Liverpool and Andy Robertson of Liverpool after scoring their team’s second goal during the Premier League match between Southampton FC and Liverpool FC at St Mary’s Stadium on April 05, 2019 in Southampton, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Robertson menegaskan pasukannya tidak akan berputus asa untuk memburu kejuaraan pada tahun tahun akan datang sekiranya Manchester City menjadi pemenang untuk musim ini.

“Jika kami gagal musim ini, kami akan kembali musim depan dan kami hanya perlu terus dan terus maju. Dan mudah-mudahan berjaya memperolehi apa yang layak kelab ini kecapi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN