Roberto Moreno: Tempat Kepa Arrizabalaga Masih Belum Terjamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Kepa

Ketua jurulatih Sepanyol, Roberto Moreno menegaskan bahawa posisi penjaga gol utama yang kini digalas oleh Kepa Arrizabalaga masih belum terjamin sepenuhnya.

Selepas Moreno mengambil alih tugas daripada Luis Enrique, penjaga gol Chelsea itu telah disenaraikan sebagai pemain kesebelasan utama pada empat perlawanan terakhir Sepanyol.

Bagaimanapun menurut Moreno, ia tidak bermakna Kepa akan sentiasa menjadi pilihan beliau untuk mengawal gawang skuad La Rojas tersebut.

”Saya tidak mempunyai penjaga gol [pilihan] untuk diturunkan. Ia berkemungkinan akan berubah atau mungkin juga tidak.”

”Saya menyimpan mesej yang sama. Kesemua tiga penjaga gol berada pada tahap tertinggi dan mereka benar-benar membuatkan saya begitu sukar untuk membuat keputusan.”

”Mereka bertiga berlatih pada tahap yang sangat tinggi. Saya tidak boleh mengatakan sekiranya salah seorang adalah penjaga gol pilihan saya atau tidak,” ujar Roberto Moreno bercakap ketika sidang media.

Selain daripada Kepa Arrizabalaha, Moreno turut mempunyai dua lagi pilihan iaitu David De Gea dari Manchester United dan penjaga gol utama AS Roma, Pau Lopez.

Sepanyol yang berjaya menundukkan Romania 2-1 pada aksi Kelayakan Euro 2020 akan meneruskan cabaran awal pagi nanti apabila akan melayani kunjungan Faroe Islands di El Molinon, Gijon.

Mereka ketika ini sedang mendahului saingan kumpulan F selepas menang kesemua lima perlawanan yang dihadapi dan berkelebihan lima mata dibelakang Sweden yang menghuni tempat kedua.