Roberto Mancini: Nicolo Zaniolo Mampu Jadi Pemain Yang ‘Luar Biasa’

Nicolo Zaniolo

Bintang muda AS Roma, Nicolo Zaniolo berjaya mencuri tumpuan pengurus skuad kebangsaan Itali, Roberto Mancini yang menyifatkan beliau mampu untuk menjadi pemain ‘luar biasa’ sekiranya terus fokus mempertingkatkan kualitinya.

Menyertai AS Roma pada musim 2018/19 dari Inter Milan sebagai sebahagian daripada pertukaran Inter Milan untuk mendapatkan khidmat Radja Nainggolan, pemain tengah berusia 20 tahun itu nyata pantas memberikan impak positif kehadirannya di Stadio Olimpico.

Cemerlang pada musim pertamanya selepas melakukan 36 penampilan serta turut menjaringkan enam gol, Zaniolo terus mendapat kepercayaan pengendali baharu AS Roma, Paulo Fonseca pada musim ini.

Awan mendung bagaimanapun sedikit menyelubungi karier Zaniolo setelah beliau mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika aksi Serie A bertemu Juventus pada Januari lalu. Pertahanan Juventus, Merih Demiral turut mengalami nasib yang sama pada perlawanan tersebut.

Kecederaan teruk dialami Zaniolo itu juga turut disaksikan sendiri Mancini yang menyaksikan perlawanan di Stadio Olimpico itu.

Embed from Getty Images

Meskipun begitu, Mancini tetap optimis Zaniolo masih mampu untuk bergelar pemain bintang sekiranya beliau mengekalkan fokus untuk mengembalikan aksi terbaiknya.

”Sekiranya dia terus menjalani latihan dengan serius mengamalkan kehidupan sebagai seorang atlet [profesional], dia akan menjadi seorang pemain yang luar biasa.”

”Dia masih muda dan tidak menikmati banyak perlawanan Serie A, jadi tidak semua tanggungjawab terletak di bahunya,” ujar Mancini menurut laporan Goal.

”Saya merasakan dia masih belum lagi menemui peranan yang sesuai buatnya. Dia boleh memainkan dua atau tiga peranan.”

”Dia merupakan salah seorang daripada pemain muda dengan beberapa tahun lagi akan mampu untuk terus meningkat, selepas dia pulih sepenuhnya dari kecederaan dialami.”

Kredit featured image: Claudio Villa/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Nicolo Zaniolo dan Roberto Mancini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN