Roberto Mancini Capai Persetujuan Bimbing Skuad Kebangsaan Itali

Bekas pengurus Manchester City, Roberto Mancini difahamkan sudah mencapai persetujuan untuk membimbing skuad kebangsaan Itali menurut satu laporan daripada Skysports.

Beliau yang kini merupakan pengurus Zenit St Petersburg itu mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Persatuan Bola Sepak Itali, Alessandro Costacurta dan pengurus pasukan, Gabriele Oriali selama dua jam di Rome pada petang semalam.

Dilaporkan, Carlo Ancelotti sebelum ini menolak tawaran bagi tugasan itu dan akhbar sukan Gazzetta dello Sport dan Corriere dello Sport, berkata Mancini sudah bersetuju untuk mengambil tugas berkenaan dan membantu untuk mengembalikan kegemilangan skuad kebangsaan.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Gazetta dalam laporanya berkata persatuan mengemukakan tawaran kontrak selama dua tahun kepada bekas penggurus Manchester City itu iaitu sehingga 2020 dengan nilai dianggarkan berjumlah 4 juta euro (RM19.2 juta).

“Menjadi jurulatih skuad kebangsaan adalah sesuatu yang bernilai dan satu kebanggaan untuk saya kerana Itali adalah sebuah pasukan penting di dunia,” kata Mancini ketika ditemu bual radio Itali semalam.

Mancini dijangka memulakan tugas sebagai jurulatih Itali selepas pusingan akhir saingan Liga Russia pada 13 Mei dan sebelum 20 Mei seperti yang ditetapkan FA Itali.

Bagaimanapun, Zenit dikatakan tidak gembira dengan keputusan Mancini yang mahu meninggalkan kelab itu selepas hanya dilantik pada Jun lalu tetapi kelab berkenaan ketika ini hanya menduduki tangga kelima berbaki dua perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN