Roberto Mancini Bakal Pengendali Baharu Itali?

Selepas pemecatan Giampiero Ventura, jawatan sebagai pengendali baharu pasukan kebangsaan Itali sehingga kini masih belum diisi dengan beberapa nama dikaitkan akan mengendalikan pasukan juara piala dunia 4 kali itu.

Antaranya ialah pengurus Chelsea, Antonio Conte, bekas jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti dan pengendali kelab gergasi Russia, Zenit Saint-Petersburg, Roberto Mancini.

Namun begitu, Conte dan Ancelotti dilaporkan tidak berminat dengan jawatan itu tetapi Mancini berkata beliau bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai pengendali skuad kebangsaan Itali itu.

Turut dikaitkan dengan jawatan itu ialah Fabio Capello tetapi jurulatih Kelab Jiangsu Suning itu tidak mahu dikaitkan dengan jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Itali kerana sedang fokus dengan kerjanya di Liga Super China ketika ini.

Bekas pengurus England itu sedang mengendali sebuah kelab yang dimiliki oleh Kumpulan Suning milik jutawan Zhang Jindong, yang juga memiliki kawalan ke atas kelab gergasi Serie A, Inter Milan.

“Tidak saya tidak akan melakukannya, saya sudah berhenti,” kata jurulatih berusia 71 tahun itu kepada akhbar La Repubblica sejurus diminta mengulas mengenai kekosongan jawatan di Azzurri.

“Begitupun, saya berada di China…” katanya ketika ditanya sama ada dirinya dihubungi oleh mana-mana pihak berhubung spekulasi terbaru itu.

Roberto Mancini memberi isyarat bahawa beliau sedia mengambil alih pasukan kebangsaan Itali jika ada tawaran rasmi kepadanya.

“Saya tidak terkejut apabila nama saya dikaitkan dengan jawatan itu dan saya gembira mendengar mengenainya. Tetapi buat masa ini, saya mahu beri tumpuan kepada kelab dalam misi untuk menjadi juara liga,” jelas Mancini kepada media Itali.

Ventura dipecat pada November lalu selepas gagal membawa Itali ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.

Roberto Mancini ketika menjadi pengurus Manchester City. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Usaha mencari pengganti jadi rumit apabila Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Carlo Tavecchio turut melepaskan jawatan susulan kegagalan itu.

“Sebelum memilih jurulatih baharu, sepatutnya kita perlu memilih presiden baharu terlebih dulu,” kata Mancini menerusi program bual bicara ‘Tiki Taka’.

“Tetapi sudah pasti saya tidak akan mengetepikan Itali, seperti juga dengan jurulatih lain.”

Bagaimanapun, Ancelotti mengatakan beliau lebih memilih untuk kekal menguruskan kelab manakala Conte yang kini melatih Chelsea pernah mendedahkan beliau merindui dan mahu kembali ke Itali.

“Itali adalah tanah air saya. Saya akan pulang. Saya tidak pasti bila tetapi itulah yang saya mahu,” kata Conte yang pernah membimbing Itali pada 2014 sebelum menyertai Chelsea pada 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN