Roberto Carlos Kini Wajah Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia

Bekas bek sayap pasukan kebangsaan Brazil dan legenda Real Madrid, Roberto Carlos kini adalah wajah syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.

Bekas pemain berusia 44 tahun itu sebentar tadi telah diumumkan sebagai duta global syarikat penerbangan tersebut dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara sebentar tadi.

16 Jun 1998: Roberto Carlos of Brazil on the ball during the World Cup group A game against Morocco at the Stade de la Beaujoire in Nantes, France. Mandatory Credit: Ross Kinnaird /Allsport

Mengulas perlantikan beliau sebagai duta global Air Asia, Roberto Carlos yang turut pernah menyarung jersi Inter Milan berkata ia bagaikan impian yang menjadi kenyataan untuk menjalin kerjasama dengan syarikat tersebut.

Carlos juga merupakan sebahagian daripada anggota skuad kebangsaan Brazil yang bergelar juara dunia di Kejohanan Piala Dunia yang dianjurkan secara bersama oleh Korea Selatan dan Jepun pada 2002.

“Saya harus katakan bahawa saya amat bertuah kerana pernah bergelar juara dunia. Pada hari ini, saya juga amat bertuah kerana diberikan peluang untuk bekerjasama bersama kumpulan juara seperti Air Asia.”

“Mereka sudah bagaikan keluarga baru kepada saya,” ujar beliau kepada pemberita.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata Roberto Carlos adalah individu yang mempunyai profail yang seiring dengan cita-cita syarikat penerbangan tersebut.

“Kami mempunyai kesungguhan yang sama sepertimana kesungguhan yang dipamerkan oleh Carlos ketika masih beraksi bersama kelab dan pasukan negaranya. Kerjasama kedua-dua pihak sangat sesuai, dan bagaikan sudah termaktub,” ujar Benyamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tony Fernandez yang merupakan pemilik kelab bola sepak Inggeris QPR dan Petaling Jaya Rangers di saingan Liga FAM tidak dapat menghadiri majlis berkenaan, namun sempat menyampaikan kata-kata sempena perjanjian Air Asia dan Roberto Carlos.

Foto:  STD/QAMARUZZAMAN MOHD ZAIN.

“Pemain bek kiri terbaik dunia dan syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia. Saya bercita-cita untuk merealisasikan impian setiap orang sepertimana Carlos lakukan,” ujar Tony.

Sepanjang beraksi bersama skuad Brazil, Roberto Carlos telah tampil di dalam tiga edisi Piala Dunia termasuk ketika pasukan negaranya tewas kepada Perancis di aksi perlawanan akhir Piala Dunia 1998.

Di peringkat kelab, Roberto Carlos menjuarai tiga kejuaraan La Liga dan tiga kejuaraan UEFA Champions League ketika bersama Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN