Roberto Carlos Antara Pemohon Jawatan Ketua Jurulatih Bali United Di Liga 1 Indonesia

Iklan

Legenda Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos dilaporkan telah menghantar permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Jurulatih Bali United di Liga 1 Indonesia.

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah akhbar di negara jiran itu, TribunNews – dan Bali United turut mengesahkan mereka telah menerima banyak permohonan untuk tampil sebagai pegganti Widodo Cahyono Putro.

(Photo by Joosep Martinson – FIFA/FIFA via Getty Images)
Jawatan kosong

Bali United sebelum ini mengesahkan Widodo melepaskan jawatan beliau bersama kelab tersebut pada 29 November lalu, setelah pasukan kendalian beliau tewas tiga kali berturut-turut di saingan Liga 1.

Bali United kini menduduki tangga ke-10 liga hasil dari 12 kemenangan dan 9 seri dan mempunyai baki lagi tiga perlawanan untuk menamatkan saingan liga pada musim ini.

Namun sehingga artikel ini ditulis, Bali United belum mengesahkan siapakah calon pilihan mereka untuk menggantikan Widodo. Buat masa ini, Bali United dikendalikan secara sementara oleh Eko Purdjianto.

Widodo Putro
Kaya pengalaman

Selain daripada Real Madrid, Roberto Carlos pernah beraksi untuk Palmeiras di peringkat awal karier, sebelum beliau ke Itali untuk bersama Inter Milan.

Beliau kemudiannya berhirah ke Sepanyol berama Real Madrid di mana beliau menjuarai empat gelaran La Liga dan tiga kejohanan UEFA Europa League.

Di penghujung karier, Roberto Carlos sempat beraksi bersama beberapa buah lagi pasukan seperti Fenerbahce dan juga Corinthians.

Credit: Ross Kinnaird /Allsport

Roberto Carlos kini berusia 45 tahun juga mempunyai pengalaman di dalam bidang kejurulatihan di beberapa negara, termasuk di Rusia bersama Anzhi Makhachkala, dan juga Delhi Dynamos di Liga Super India.

Roberto Carlos adalah tunjang kepada skuad Piala Dunia Brazil yang muncul juara Piala Dunia pada 2002, dan turut beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia 1998 ketika Brazil ditewaskan Perancis di Paris.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram