Robert Pires: Paul Pogba Perlu Fokus Tugasan Belum Selesai Di Manchester United

Pogba

Bekas pemain tengah Arsenal kelahiran Perancis, Robert Pires percaya rakan senegaranya, Paul Pogba akan terus kekal di Old Trafford.

Pogba yang kini dikaitkan dengan Real Madrid masih belum memuktamadkan masa depannya bersama United.

Bagi Pires, beliau menegaskan bahawa Pogba perlu melupakan Real Madrid dan fokus dalam perjuangannya yang belum selesai bersama Manchester United.

”Pandangan saya mengenai Paul Pogba adalah dia merupakan pemain yang hebat tetapi saya juga tahu bahawa musim lalu terutamanya sangat sukar buat dirinya.”

”Ramai orang hanya membicarakan tentang perpindahan itu (dari Juventus ke United) kerana Manchester United telah berbelanja besar.”

HO CHI MINH CITY, VIETNAM – APRIL 05: Robert Pires poses with the trophy during the Heineken UEFA Champions League Trophy tour on April 5, 2014 in Ho Chi Minh City, Vietnam. Football fans were given the opportunity to visit with the Heineken UEFA Champions League Trophy on a three-nation tour that stopped in Vietnam under the auspices of Champions League partner, Heineken. Fans took photographs with the brand ambassador, ex-international football star Robert Pires. (Photo by Nicolas Axelrod/Getty Images)

”Jadi mungkin sukar buat dia untuk menghadapinya, terutamanya pada permulaan. Tetapi pada saya, perkara yang sangat penting buat dia adalah untuk terus bersama United.”

”Ia adalah salah satu daripada kelab terbesar di dunia – dan Pogba masih mempunyai perjuangan yang belum selesai di sana.”

”Sebab Manchester United membelanjakan wang yang cukup besar untuk mendapatkannya adalah mereka sangat percaya Paul (Pogba) kerana dia mampu untuk menjadi pemimpin sebenar buat pasukan.”

”Apabila kelab menghabiskan banyak wang untuk anda, ini kerana mereka mempunyai kepercayaan terhadap anda,” ujar Robert Pires lagi.

Selepas Jose Mourinho dipecat dan digantikan dengan Ole Gunnar Solskjaer, Pogba berjaya menikmati prestasi yang cukup baik.

Namun segalanya berubah ketika aksi liga semakin menghampiri penghujung dengan penurunan ketara dapat dilihat sehingga Manchester United hanya menamatkan aksi di tangga keenam untuk sekadar beraksi dalam Liga Europa musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN