Robben: “Lebih Baik Berlatih Dengan Pasukan Anak Saya Daripada Ancelotti”

Bintang Bayern Munich Arjen Robben sebelum ini menyatakan yang semua pemain di belakang Ancelotti. Meskipun ada laporan menyatakan beliau antara pemain yang tidak sukakan Ancelotti.

Beliau tidak menyatakan yang beliau menyokong ataupun tidak ketika kekalahan Bayern di tangan PSG dan berkata, itu bukan urusan beliau.

Selepas Ancelotti dipecat, CEO Bayern, Karl Heinz Rummenigge tampil membuat kenyataan yang Ancelotti telah gagal mengawal bilik persalinan beliau apabila ada 5 pemain menentangnya.

Ancelotti dipanggil ke dalam satu mesyuarat khas dan akhirnya pihak kelab memutuskan untuk memecat salah seorang jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Eropah.

Media Jerman percaya, mereka adalah, Robben, Ribery, Lewandowski, Thomas Muller dan Jerome Boateng. Tidak lama selepas itu, Arjen Robben tampil menghentam Ancelotti yang disifatkan beliau bukan jurulatih yang bagus.

Robben memberitahu yang beliau tidak dapat mengikuti latihan Ancelotti kerana membosankan dan tidak bagus. Beliau memberitahu kepada sebuah media di Jerman:

“Lebih baik saya berlatih dengan pasukan remaja anak saya daripada berlatih dengan Ancelotti.”

Sebelum ini dilaporkan Philipp Lahm dan Xabi Alonso juga pernah memanjangkan hal ini kepada pengurusan Bayern Munich musim lalu.

Xabi Alonso sebelum ini pernah bekerjasama dengan Ancelotti di Bayern Munich telah terkejut dengan kaedah latihan Ancelotti di Bayern Munich.

Adakah isu perubahan taktikal di Bayern Munich membuatkan Ancelotti terpaksa mencari kaedah baru dan menyukarkan beliau?

Ancelotti sendiri mengakui dia pernah menghubungi Guardiola pada awal beliau menyertai Bayern. Namun Guardiola menyatakan yang beliau tidak mahu campur tangan dalam urusan Ancelotti kerana menghormati jurulatih tersebut.

Sumber

Metro – http://metro.co.uk/2017/10/02/arjen-robben-says-theres-better-training-at-my-sons-youth-team-than-under-carlo-ancelotti-6970207/

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply